Assalamualaikum WBT
TERPALING sibuk nampaknya sepanjang minggu ini. Ahad tuari, sibuk dengan pengambilan pelajar baharu. Sejak isnin, kemaskini segala macam data dan maklumat sehingga pagi ini, bersambung pula dengan urusan borang dan surat-menyurat kelas yang menamatkan pengajian mereka setelah selesai lawatan verifikasi semalam. Mujurlah sebahagian surat Sk dah selesaikan sejak minggu lepas. Ada lagi seminggu pelajar di kolej sebelum asrama dikosongkan. Jadi, jangan kecil hati ya jika tak nampak Sk meninggalkan jejak di blog rakan-rakan.
Masa balik dari makan di
Cookies & Ginger tempohari, Iman terperasan lot kedai berwarna hijau mint dengan lampu terang-benderang. Memang warnanya menyerlah sungguh dan menarik perhatian sampai mengigau-ngigau Pak Inche dibuatnya. Jadinya, kami ke sana minggu lepas, hari Sabtu.
Kebanyakannya menu goreng-goreng.
Cantonese Kuey Teow untuk Pak Inche.. sedap.
Sk pilih Mee Goreng. Mee gorengnya basah-basah, macam Hokkien Mee. Nampak biasa, rasa luar biasa okeh! Pedas tau mee ni.
Iman pilih Sotong Buttermilk tapi tukang masak beritahu sotong tak ada, ada sotong frozen, tak berapa sedap. Iman tukar dengan Chicken Buttermilk. Okey-okey saja laaa..
Ni Pak Inche kata nak datang lagi, nak pesan mee goreng macam bonda makan, hahahaha.
Okey, nak sambung kerja. Tata titi tutu.
Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim
122, Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral
Nusajaya
Buka setiap hari :
10 pagi hingga 2 petang
4 petang hingga 12 malam
Cantonese Kuey Teow tu mmg favourite.. lama jugak x mkn tu
ReplyDeleteakhir2 tahun ni semua mengejar dateline..silakan SK siapkan kerja dulu kami setia menunggu haha
ReplyDeletenampak gambar buttermilk chicken tu mcm menggiurkan
fav menu cantonese kuehtiaw..anak pn suka menu tu
ReplyDeleteJangan bizi lama² tau kak. Nanti rinduuuu 🤣
ReplyDeletemee goreng basah...yummy!!
ReplyDeleteMai sini tak pernah tak sedap..baik yang makan kat luar maupun homemade..
ReplyDeleteDah nak cuti sem ke kolej SK..
Semoga dimudahkan urusan
Tq tq share kedai ni. Boleh try nanti
ReplyDeleteJeles...selalu je explore tempat makan best ...
ReplyDeletemurahlah SK harganya...selalu kedai chinese muslim ni harga mencekik betul..nasi goreng ada yg belas2 harga
ReplyDelete