GAUL KARI IKAN DENGAN SAMBAL SOTONG

 Assalamualaikum WBT


LAUK malam tadi, Sambal Sotong. Urmmm.. menggiurkan tak?
😆

Pak Inche minta Sambal Ayam tapi Sk malas nak buat kerja dua kali iaitu goreng ayam dahulu dan kemudian nak kena tumis sambal pulak. Kalau sambal sotong, campak-campak jer siap!


Panaskan kari ikan merah yang tak jadi bawa bekal tu. Zaman anak dara dulu, Sk suka sangat makan gaul kari dengan sambal tumis. Ibu cakap, makan macam mamak Penang 😆. Ye ke mamak Penang makan macam tu? Ibu cakap, nanti kahwin orang Penang. Sipiiiii lagi tu 😂


Gaul kari ikan dengan sambal sotong, dia punya surrrrrrrr. Oh, Pak Inche dah berzikir ajak makan Nasi Kandaq.. lama tak pekena, katanya. Faham-fahamlah kalau dia dah berzikir macam tu.. sikit hari lagi, sampailah kat tanjung naaaa.

Burppp.. syukur Alhamdulillah 😋😋😋

Post a Comment

7 Comments

  1. Ishhhh...x menanhan tengok sambal sotong tu ha....dapnyaaa...lama x buat..lepas ni kena buat jugak la...Pak Zain x makan pedas kita buatkan dia lauk lain

    ReplyDelete
  2. Kita pula suka makan kuah kari letak kicap hihi...

    ReplyDelete
  3. Uish....
    Ni kalau ada pula masak kicap..
    Memang lengkap gandingan Nasai Kandaq kuah campur..

    ReplyDelete
  4. Aduhhh..sedapnya sambal sotong. Dah lama tak buat. Nak kene buat gak ni nampaknye 🤭

    ReplyDelete
  5. Entah² esok sampai ler tu di tanjung... hahaha... sambal sotong tu mkn lg dgn nasik lemak mmg meletops mabeles kak

    ReplyDelete
  6. ermmm kena sangat dah menu-menu nya, bertambahlah nasi yer SK, kak ana pun peminat kicap kalau makan kari ni :)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih