SIAKAP MASAK LEMAK CILI API, SAMBAL DAGING & DAGING KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

HARI Khamis lepas, ibu dah siap masak Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api dan ajak makan nasi, tapi sebab dah makan McD Prosperity Burger, Sk minta ibu bungkuskan aje masak lemaknya tu.  Malam semalam baru panaskan lauk yang ibu bagi. 

Sambil makan terasa beruntungnya kerana masih dapat menikmati air tangan ibu. Teringat juga Ikan Termenung Lemak Cili Api dengan Daun Kunyit, masak lemak pertama dan terakhir Sk dapat makan air tangan mak mertua masa Sk balik Kuala Ketil. Tak lama lepas tu, mak diserang strok sehingga lumpuh separuh badan.

Lauk Sambal Daging ni pun perangat. Sk masak hari khamis jugak. Dah terberjanji nak masak, kenalah masak walaupun penat menempuh jem sepanjang perjalanan balik dari Senai.


Balik kerja semalam, Pak Inche kata, dia dah siap hiris daging dan bawang serta perap dengan kicap. $k buka esbox.. Aduhhhh.. mangkuk portmeirion akuuuuu!


Malas nak bising-bising, padahal mangkuk basahan untuk perap-perapan ada jer Sk letak kat rak pinggan tu. Tak banyak tapi cukuplah untuk bahan persediaan nak masak. 


Kira semalam, Daging Kicap tu jer lauk baru, yang lain semua lauk hari Khamis, hahahahaha. Sk makan lauk lemak jer, sambal daging ada lebih, bawa bekal makan tengahari tadi. Mujur bawa bekal, Kantin Kak Sab tutup rupanya.. huhuhu.

Syukur selalu 🌹

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau makan masak lemak pasti saya akan bersekali makan dengan sambal belacan.. fuh .

    ReplyDelete
  2. bersyukurlah kan masih boleh rasa air tangan ibu... ammi ni cuma boleh imagine je rasa lauk arwah mama...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Lauk win win situation ni..hihihi

    ReplyDelete
  4. Siakap masak lemak cili api tu.. kalau kita makan, memang tuang kuah banyak-banyak atas nasi bagi banjir!

    ReplyDelete
  5. Siakap Masak Lemak Cili Api SA selalu masak campur daun kunyit..walla!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!