Assalamualaikum WBT
DAH lama sangat beli Kabinet Laci Ikea ni. Masa beli, punyalah semangat nak pasang tapi dari sehari ke sehari.. sehari ke sehari, sampai dah masuk 6 bulan rupanya. Nasib baik Sk ada tulis kisah beli Kullen Chest Ikea ni, kalau tak, tak tahu dah 6 bulan kotak kabinet ni bersidai tepi dinding bilik Iman. Cuma tahu, dah lama giler tak dipasang-pasangnya padahal masa beli kemahen lagi semangat, nak audit semula barang-barang peninggalan zaman diploma 😆.
Banyak jugak perabot Ikea yang kami pasang sendiri antaranya almari hiasan satu pintu, rak buku tinggi, kerusi, almari kasut dan pelbagai rak lagi tapi ini pertama kali kami beli jenis berlaci. Yang ni, bukan sebarang mambang nak kena turun, tapi kena betul-betul ada mood takut ada yang patah riuk karang.
Masa nak beli tu, Iman dilema jugak sama ada nak ambil yang lima laci atau empat laci. Empat laci tu lebih lebar, lima laci ni kurang lebar tapi lebih tinggi dan beza sedikit harganya. Akhirnya, dia pujuk Sk tambahkan duit sebab bajet asal nak beli yang empat laci sajo. Ia didatangkan dalam dua kotak berasingan, punyalah berat. Bila buka kotak aje tengok dia punya skru datang dalam satu kotak besar, terus datang rasa menyesal 😆.
Mujurlah Sk ni darah Tun Tijah ko! Ialah, Sk lima beradik semua perempuan jadi kerja-kerja orang lelaki semua kami terror buat. Iman pulak memang Sk ajar buat kerja-kerja DIY ni dari zaman sekolah, tak ada alasan anak tunggal kau lembik atau manja ya. Sk terus ambil bekas kecil dan suruh Iman asingkan skru mengikut jenis dan saiz, taklah masa nak cucuk skru baru nak meraba-raba cari yang mana satu.
Baca dulu manual yang dilampirkan dan bentang papan-papan mengikut turutan dalam gambar. Kemudian ambil tiang-tiang utama dia masukkan buluh dan cantumkan. Mata, otak dan tangan kena sama tajam.
Lega bila kuda-kuda dah siap ditegakkan. Ingat buat rumah aje ke ada kuda-kuda?
Siap pasang belakang kabinet. Lubang-lubang tu kena pulak masukkan kuncinya untuk dikuncikan skru yang dipasang di sebelah dalam.
Iman tak perasan kunci ni ada dua saiz. Bonda, kalau salah masuk, macammana? Pusing keluar semula kemudian tuang balik. Hurmm.. nampak dia fikir sekejap maksud bonda tuang balik tu, hahaha.
Siap kunci, barulah kukuh.
Siap dah pasang badan kabinetnya.
Kucing-kucing bergembira main sembunyi-sembunyi.
Pasang laci pulak. Faham satu laci terus rasa macam magik.
Laci ni lebar jadi kena pasang besi ni di bahagian tengah supaya tidak melendut.
Siap dah masuk satu laci.
Terus laju-laju main cantum-cantum laci yang lain. Jumlah semuanya lima laci.
Akhirnya siappppp selepas enam bulan bersidai 🤣🤣🤣. Abaikan barang yang bersepah itu 😜
Hebatlah SK! Kalau sy mmg tak reti bab ni. Baca manual pun fail :D
ReplyDeleteMasyaAllahh.. syabas.. kalau saya pasang sendiri, belum tentu elok kejadiannya ðŸ¤
ReplyDeleteAkhirnya... terpasang jugak ek.. boleh dh mengaudit menyisih dan mengemas tu.. chaiyokkkk kak
ReplyDeleteuish kena kental sgh kalau saya tengok manual pun dah rasa give up
ReplyDeleteTahan lama tak selalunya kabinet2 dari ikea? Tapi tulah mcm tak kental je nak pasang sendiri hahah
ReplyDeleteKalau suruh SA ni memang xde kesabaran SA la nak pasang ni...tapi kita memang dah aimed dah Kullen drawer ni....sajak kalau letak kain baju dalam bilik kan...letak kat ruang tamu pun cantik ni
ReplyDeleteUish..bukan kaleng-kaleng ni..Saya bab pasang memasang ni boleh buat migrain ooo..Baik saya baiki paip bokeh lagi bawa bincang..Hebat SK
ReplyDelete