MAKAN DI THE ASAM PEDAS CLAYPOT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

DAH beberapa kali perasan, kemeriahan di hujung jalan Taman Nusa Sentral menuju arah Taman Nusantara, Gelang Patah. Nampak ada gerai-gerai dengan mentol-mentol yang bergemerlapan serta papan tanda Asam Pedas Claypot. Hari ahad tuari, Sk dah beritahu Pak Inche, Sk tak nak masak, kita pergi makan kat situ.. hehehe.

Duduk-duduk nampak gerai Roti Canai tu, terus rasa nak makan roti canai dengan asam pedas. Dekat bunting pun, ada tulis Roti Canai Asam Pedas kot gitu, jadi Sk ingatkan memang dia akan hidang roti canai dengan kuah asam pedas. Rupa-rupanya, asam pedas tu kena buat pesanan lain, roti canai dihidang bersama dalcha dan sambal macam kedai mamak jugak. 

   

Memandangkan Pak Inche dan Iman nak makan asam pedas, jadi, Sk nak ngendeng kuah asam pedas dorang ajelah. Iman kata, dia mintak Asam Pedas Ikan Pari. Ikan Pari tu beso, boleh kongsi tapi babah nak jugak ikan lain untuk dia, haha. Pak Inche mintak ikan merah. Bila roti canai dihidang, rasa la sikit, sedap sangat rotinya, besar dan gebu tapi kuah dhal dia macam hangit sikit. Hurmmm.. lambat sungguh siap asam pedasnya sampai roti dah sejuk dan air pun dah tinggal separuh. 


Mereka-mereka yang ni batalkan pesanan, agaknya dah lama sangat tunggu, muka dorang memang dah bosan sangat. Asam pedas keluar satu..... satu..... Tu takpa, setiap kali keluar bawa periuk tanah tu, kakak tu akan sebut cam ni, "Siakapppp.. siakappp....... kaci... kaci... hahaha." Jadi, kena alert la, korang pilih ikan apa tadi. Dibuatnya ada tiga empat orang pesan ikan yang sama, tak ke berebut?? Patutnya bagilah nombor atau mintak nama ke, kan.


Teruja bila dengar kakak tu sebut, Merah.. merah... sambil jinjit periuk tanah dengan pengepit besi. Buka jer periuk nampak ikan merah terbaring dengan bendi dan tomato. Rasa sesudu kuah asam pedas, sedap... tapi something wrong somewhere.. hangit sikit, sayang betul, mungkin api terlalu besar.


Ulam ni tak termasuk dalam set asam pedas begitu juga dengan nasi. Ulam daun selom, timun dan jatung pisang, ada sebelah telur masin, sambal belacan dan budu dengan hirisan cili dan bawang.


Asam Pedas Ikan Pari kegemaran Iman. Ikan parinya dua ketul besar. Macam tadi jugaklah, rasa hangit tapi bagi Sk kuah asam pedas tu sedap sebenarnya cuma mungkin mereka belum pakar lagi nak kawal atau jaga masakan menggunakan periuk tanah tu. Kena cari dapur yang khas untuk periuk tanah kot.


Maaf, bersepah mejanya.. haha. Sk makan roti canai dengan asam pedas, jantung pisang dan sambal belacan. Eh, roti canai dia memang sedap tau, kami siap tambah lagi dua keping, hahaha. Tapi tu la, ingatkan dapat terus kuah asam pedas, rupanya, kena pesan lain. Lokek, hahahaha.

Asam Pedas Ikan Merah RM35
Asam Pedas Ikan Pari RM33
4 Roti Canai RM6
Ulam RM2
 2 Nasi Putih RM3
Minuman RM7

Jumlah RM86

Oh ya.. pada mak ayah yang datang bawa anak-anak kecil ke sini, janganlah bagi anak lari-lari macam dalam taman. Hari tu, nyarissss ya, kakak tu tengah jinjing periuk tu, hampir lagi berlanggar dengan budak kecik tengah berlari. Malang memang tak berbau, tapi, kita boleh cuba cegah, berhati-hatilah, okey!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya jenis yang tak boleh sabar pesanan lambat dpt mst cepat je rs nak cancel
    seriau plk baca noted tu duk byg kalau la tertumpah asam pedas panas atas badan terkena pula claypot pecah menangis tak berlagu

    ReplyDelete
  2. Unik jugak mkn roti canai cicah asam pedas... mmg x penah try

    ReplyDelete
  3. Wah,syoknya nampak tempat ni open air...santai ...sedapnya roti canai cicah kuah asam pedas...

    ReplyDelete
  4. Pergh..harga asam pedas tu...seram.....

    ReplyDelete
  5. Dekat kawasan saya banyak kedai/restoran asam pedas..

    ReplyDelete
  6. kadang2 mmg perasan ada parents yg bagi je anak main lari2 bukan kat open space camni...dalam restaurant pun kengkadang. tak terfikir ke anak tu mengganggu...lari keliling meja orang tersiku2 kepala orang...geram je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!