Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA Pak Inche asyik terkenang-kenang Mee Goreng yang Sk makan di Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim tuari. Iman kata, babah dah berapa kali sebut nak makan mee goreng kat kedai tu.
Mee tu dah pedas, boleh makan dengan cili padi Bangladesh lagi tu. Kalau Sk tak sanggup, hilang nikmat makan kalau dah terlalu pedas ni, silap-silap merana sakit dada.
Sk pulak makan Kuey Teow Hong Kong, sama macam Pak Inche makan sebelum ni. Kiranya tukar menu aje la. Tak berani tambah cili sebab tengah selsema. Masakannya sedap cuma sotong tak begitu segar.
Sorang makan kuey teow, sorang makan mee, tetiba ada pulak Kangkung Goreng Belacan. Saja nak rasa, kata Pak Inche. Boleh tahan sedaplah kangkung belacam tu, siap ada isi ayam lagi. Mungkin lain kali, kalau malas masak, boleh pesan lauk-lauk pulak makan dengan nasi putih.
Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim
122, Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral
Nusajaya
Buka setiap hari :
10 pagi hingga 2 petang
4 petang hingga 12 malam
Mengancam betul kuew tiau dan kangkung goreng tu
ReplyDeleteNampak sedap je Kuew teow tu..
ReplyDeletetertelan ayaqliur tengok kangkung goreng belacan
ReplyDeletealahai..romantik betul pasangan ni. ke mana sahaja berdua
ReplyDeleteAdoii...tempat ni dekat x dengan Permas...Haidy duk Permas tu...
ReplyDelete