SAMBAL UDANG TAK ADA PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

KALAU hujung minggu, sekejap aje dah sabtu. Esok dah kerja semula. Kalau di pejabat, nak tunggu pukul 12 bukan main lama, kalau di rumah.. haaa.. sekejap jer dah pukul 2 petang. Malam tadi, kemahen plan anak beranak, pagi ni nak sarapan kat luar, tapi pukul 8.30, memasing tak siap apa pun, dengan Sk pun dua kali lima, hahaha. Hurmm.. masak jer la sarapan sendiri. Sk buat English Breakfast, tapi malas nak ambil gambar 🤣 Sambil sarapan, bincang nak masak Sambal Udang, tengahari. Pak Inche kata, letak petai.


Hurmmm.. mana nak ada petainya kalau tak ke kedai. Jadilah, sambal udang tak ada petai, lagipun, bukan syarat wajib, pun. Janji masak 🤣. Udang tu, Pak Inche beli dari Pasar Tepi Sungai Pontian tiga empat minggu lepas. Pergi seorang lepas bawa Iman ambil gambar konvo di Poslaju, dia terus meluncur ke Pontian. Hasil pancingannya, ketam yang Sk masak sambal tu dan udang ni. Masak ketam tunggu Iman balik, masak udang pun tunggu Iman. Baru selera makan bila cukup korum, tak gituhhh?

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ok la tu takde petai. Saya tak makan petai.. hehe

    ReplyDelete
  2. Betul tu kalau cukup korum br semangat lain mcm... boleh lg pegi beli petai utk top up sambal tu.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Dah cukup korum baru selera lebih nak makan ;)

    ReplyDelete
  4. SA ni rasa nak sebak jer ni...sambal udang ni fav Dania...acaner la dia nanti jauh dari SA...sape nak kopek kan udang dia...huwaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Sambal..asam pedas & gulai kari SK memang selalu menggoda dengan warna dan nampak pecah minyak elok

    ReplyDelete
  6. selalu dgr ayah saya merungut kalau nak makan sedap kena tunggu anak2 semua ada,kalau ayah je kat umah mak tak masak haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!