ZAKAT MEMBAWA BERKAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*


🕌 INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 🕌

📆 TARIKH : 21 JAMADIL AWAL 1444H/ 16 DISEMBER 2022

📜 TAJUK: ZAKAT MEMBAWA BERKAT

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah  ayat 43 yang bermaksud : "Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 43)

👉 1️⃣- Bertaqwa kepada Allah SWT.

👉 2️⃣ - Amanah adalah satu sifat yang mesti ada di dalam diri setiap muslim kerana amanah adalah suatu kepercayaan yang diberikan untuk dipelihara dan dilaksanakan. Amanah itu tanda keimanan dan akan menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Bukan sekadar meliputi sikap jujur dan benar sahaja, bahkan merangkumi setiap tanggungjawab atau tugas yang wajib dilaksanakan. Hukumnya wajib dan mereka yang tidak menunaikannya akan berdosa dan dianggap sebagai pengkhianat.

👉 3️⃣ - Kita merupakan khalifah dan pemimpin di muka bumi ini. Akan ditanya dan dipersoal tentang amanah kita sebagai hamba Allah SWT samada melaksanakannya ataupun tidak. Sudah tentu mestilah menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab dan adil maka akan memperolehi  kebahagiaan daripada Allah SWT di akhirat kelak.

👉  4️⃣ - Masih terdapat di kalangan masyarakat yang tidak pedulikan kepentingan sifat amanah hingga ianya akan hilang lenyap dalam diri manusia. Isu-isu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, penipuan, kezaliman dan sebagainya sudah kerap kedengaran dan telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat. Ada yang tergoda dengan habuan dunia hinggakan sanggup menggadaikan sifat amanah. Begitu juga hilangnya amanah ini apabila disia-siakan dan urusan serta pentadbiran diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya.

👉 5️⃣ - Mengkhianati amanah termasuk dalam golongan orang munafiq dan akan menerima azab yang pedih di neraka Allah SWT. Apabila amanah ini disia-siakan maka akan hilanglah kepercayaan di antara manusia dan akan berlakulah budaya penipuan dan kezaliman dalam masyarakat yang akhirnya akan merosakkan hubungan sesama manusia serta akan membawa kemusnahan kepada sesebuah negara.

 👉 6️⃣ - Dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan diberi kepercayaan memegang amanah, orang yang jujur dituduh khianat, dan Ar-Ruwaybidhoh turut bicara.” Lalu Baginda SAW ditanya : “Apakah Ar-Ruwaybidhoh itu ?” Baginda SAW menjawab : “Orang-orang yang jahil yang mengurus urusan orang awam.” (HR. Ibnu Majah)

👉 7️⃣ - Antara cara memelihara sifat amanah ialah amanah terhadap Allah SWT, amanah terhadap Rasulullah SAW, amanah terhadap diri sendiri, amanah terhadap keluarga dan amanah terhadap masyarakat iaitu meliputi tanggungjawab kita sebagai pemimpin, sebagai rakyat, sebagai pekerja, sebagai jiran dan sebagai ahli masyarakat hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Contohnya seorang pemimpin hendaklah berlaku adil kepada rakyat dan tidak akan mengambil kesempatan dengan kedudukan yang dimiliki untuk kepentingan diri. Begitu juga sebagai pekerja hendaklah jujur dan tulus dengan setiap tugasan yang diberikan.

👉 8️⃣ - Akhir khutbah; minbar mengingatkan bahawa di kanan dan kiri kita sentiasa ada Malaikat yang setia memerhati dan mencatat setiap amalan kita tanpa sedikitpun terleka. Ingatlah, kita semua di akhirat kelak akan dipersoal satu-persatu setiap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Marilah bersama-sama melaksanakan dan menyempurnakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita sebaik yang mungkin kerana sifat ini akan menjamin keadilan, kesejahteraan dan keharmonian serta akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Waallahu’lam.

#Disediakan oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ

#FasaEndemik

#LindungiDiriLindungiSemua

#SemogaJauhMusibah

#PemimpinBertaqwaNegeriMembawaBerkat

#PrayForPalestine

Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah...kesedaran mengeluarkan zakat pd zaman skrg sudah makin meningkat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    info yang bagus.Baru semalam dok sembang ngan Achik.Saya plan nak tambah potongan Zakat kerana mudah sebab depa dah tolak siap2 incometax

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!