MAKAN DI COOKIES & GINGER RESTAURANT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

        

DAH bertahun-tahun tak makan di Cookies & Ginger Restaurant. Dulu, agak sukar nak jumpa restoran makanan barat yang dimiliki oleh orang melayu (pastinya muslim). Cookies & Ginger antara yang ada, tapi, sejak dah banyak pilihan kami dah jarang ke sana tambahan lagi PKP selama dua tahun. Baru-baru ni, nampak lalu di Tik Tok, Cookies & Ginger telah membuka restoran di tempat baharu iaitu di Taman Nusa Sentral. Uish, setaman dengan Cik Ani rupanya.

        

Punyalah sempoi dengan muka tak berbedak. Ingatkan nak pergi makan kedai mamak aje, sekali Pak Inche kata, jom pergi Cookies & Ginger! Kali terakhir makan kat C & G, masa buat sambutan hari jadi nenek budak-budak ni, hahaha.

        

Sk pasang waze sebab masa tu tak pasti lagi lokasi C & G, ni. Waze bawa masuk highway dan keluar di Iskandar Puteri. C & G beroperasi di aras bawah apartment dan kali ini mengambil dua lot kedai. Satu lot tu, memang dapur semata, kemahen besar dapurnya. Bahagian dalam restoran menampilkan ciri rekaan dalaman yang cozy dan memukau mata serta menambah selera.

       

Starter, macam selalu la.. pilih Nachos dan Mushroom Soup kegemaran Pak Inche. Nachos (RM15) disajikan bersama sos daging cincang yang sedap serta taburan cili jeruk dan chili mayo. Mushroom Soup (RM15) terlalu pekat, macam ngelat la, rasa tepung sungguh, hahaha. Menariknya, ia dihidangkan bersama sepotong croissant dan mentega.


Pilihan Sk, Pasta C&G Garlic Cream bersama ayam. Ia merupakan spaghetti yang digaul bersama sos bawang putih yang berkrim dengan taburan chili flakes dan lada hitam serta Fried Chicken Chop yang sedap ramuannya. Porsinya sangatlah besar sampai tak daya Sk nak melicinkannya, hahaha. Yang ni harganya RM25.


Ini Iman punya, Mushroom Fillet Steak RM29. Iman cakap, sedap giler. Ia disajikan bersama Sauteed Vege, kentang yang dipanggang dan sepotong croissant.

 

Pak Inche pilih Sirloin Steak, RM44. Sedap, tapi sayangnya, ada sikit lagi tu, mungkin kena guna gergaji elektrik untuk potong, hahaha. Dah macam nak gergaji papan gayanya Pak Inche, Sk fikir, takkanlah tak pandai potong pulak, sekali Sk cuba nak hiriskan memang tak boleh ya. Mujurlah Pak Inche pun dah kenyang makan nachos dan mushroom soup dengan croissant tu. Dua beranak ni tak suka sangat Sauteed Vege tu sebab semua sayur yang dorang tak suka iaitu timun, carrot dan terung. Sk la yang makan sayur dorang semua.. hurmmm.. patutlah rasa kenyang nau nau, burpppp!


Pak Inche kata total RM160+, mahal! Hahahaha. Ialah, selalu kan makan kedai tomyam baru RM80, hahahahahahahah.


Terima kasih tau, Pak Inche!

Cookies & Ginger Restaurant

 LG-21, One Sentral Apartment, 
Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral, 
79100 Iskandar Puteri, Johor

Buka setiap hari kecuali Rabu
3 petang hingga 9 malam

No Telefon : 010-543 3881

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pekat ye kuah mushroom soup tu...ingat sedang2 elok je macam rupanya...tapi tu la..semua hidangan memang menggoda kalbu...

    ReplyDelete
  2. Western jarang x mahal... mkn lg sirloin mmg dh boleh agak tu pak inche.. hahaha... tp serius tgk gambar pun nmpk sedap

    ReplyDelete
  3. harga dia boleh tahan. tapi berpatutan la sebab 1 set dia pun penuh dulang.

    ReplyDelete
  4. Wah..pakai baju tema hitam semuanya...
    Nampak comel sedondon..
    Makanan Iman tu nampak sedap betul tu..

    ReplyDelete
  5. Nasib baik saya tak berapa gemar makan seperti ini. Kalau tak ranap juga duit.. haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!