LAKSA PENANG VS MEE GORENG DAGING TELUR GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

BANYAK betul berhutang blogwalking dengan rakan-rakan blogger. Apa ketidaknya, terikat dengan kerja hakiki dan bila cuti pulak marathon drama bersiri. Selain dari K-Drama, Revenge Of Others yang tayangannya pada hari Rabu, Sk juga layan drama lakonan Umi Nazeera dan Izzue Islam, Rindu Kasih. Sedih jugak eh ceritanya walaupun ada beberapa fakta yang tak logik. Alah.. nama pun drama, kan. Tapi, tak apalah, asal jangan menyimpang macam filem Spilt Gravy On Rice tu 😂


Sarapan pagi ini untuk Iman, Mee Goreng Daging dengan Telur Goreng. Mee goreng tu tapau dari Warung Pak Mus Kitchen, petang semalam. Iman kata, nak makan dengan telur goreng, tak nak telur mata. Apa bezanya? Jika telur goreng, kuningnya masak, jika telur mata, kuningnya cair, kata Iman. Gituuuu.


Sayang sungguh tengok Laksa Penang sebungkus yang Pak Inche beli di Pasar Malam hari Selasa. Dari sehari ke sehari tak dipanaskannya. Ni kalau biar jugak, mahu ke Cik Tong perginya. Walaupun tak minat sangat pun makan Laksa Penang, habis jugaklah semangkuk. Patutlah tiap kali ke pasar malam Pak Inche beli, sedap kuah laksanya. 


Laksa dah selamat, mee gorengnya banyak lagi. Iman makan adalah dua sudu kot, sakit perut katanya pagi ni jadi tak nak makan banyak. Tak pe, simpan jer dalam tupperware. Tengah-tengah hari nanti, kita wassalam, kan dia.

😆😆😆

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau sedap memamg selalu rasa nak beli walau tak lapar

    ReplyDelete
  2. Nampak pekat likat elok kuah laksa tu.Tengok mee & laksa teringat rakan saya orang Kupang Baling..Dia kalau makan laksa wajib ada mee sanggul goreng..Katanya semua family dia makan macam tu..Saya blm pernah try

    ReplyDelete
  3. Patutlah dah lama tak nampak SK bertandang ke rumah kita, busy rupanya :D Takpa, setelkan dulu hal kerja tu...
    Lama dah dok teringin mee goreng daging tapi itulah asyik lupa nak beli daging je huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!