Assalamualaikum WBT
PERANCANGAN kali ini, kami akan transit di Taiping dan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang keesokannya. Tapi kami bertukar fikiran untuk transit di Ipoh, macam dah lewat sangat nak sampai ke Taiping disebabkan kesesakan di lebuhraya menghala ke utara, biasalah tu, kan!
Sebelum check-in hotel, singgah makan malam di Restoran Waritha. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama, semasa menghantar Iman konvo bulan ogos lepas.
Sk pesan Nasi Daging Merah manakala Pak Inche minta Nasi Paprik. Selain tu, ada telur dadar dan baby kailan goreng.
Minta Sup Ekor atau Sup Tulang, dua-dua tak ada. Minta Tomyam Campur. Banyak sungguh ayamnya tapi tomyam berasa pes sungguh.
Bukan makan malam lagi ni, ni dah tengah malam!
Monyok nyer.. makwe lari ke?? Hensem-hensem cam ni pun kena tinggal makwe??
Pipi tu nak pergi mana??
Bagi ayam tak nak, bagi senyuman jauh sekali.
Kali ini kami pilih Golden Roof Hotel. Untuk bilik deluxe dengan satu katil permaisuri, RM110 semalam. Tiada sarapan disediakan di sini.
Dia punya cawan kopi saiz tempayan ko!
Check-out pagi.
Singgah sarapan dulu di restoran mamak berhampiran, tak silap namanya Haji Gani. Memasing makan Roti Puri dengan Teh O dan Nescafe Panas untuk Sk.
Nanti sambung!
Hahaha...tergelak saya baca cawan saiz tempayah🤣
ReplyDeleteRoti puri tu asalnya saya ingatkan papadom..ðŸ¤
Eh,lama rasanya tidak meroti puri..terliur pulak
Roti puri lebih sedap kalau ada kentang masala kan.
DeleteHahahaa.... makwenya lari ke mana tu? Meow frust nampak monyok tapi comel jew.
ReplyDeleteYeaaayy.... roti puri yang cantik sudah mari!
Lari ke Lahad Datu agaknya naik belon, hehehe.
DeleteKita pulak baru sampai dari Penang. Takde jodoh nak jumpa :)
ReplyDeleteKita tahun ni tak kemana- mana pun....ntah bila nak cuti- cuti malaysia
ReplyDelete