KONGSI-KONGSI MCD PROSPERITY BURGER

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

TIGA Jemputan Walimatul Urus diterima untuk hari ini. Kalau masa Sk kecik-kecik dulu, selalu dengar istilah 'surat saman' setiap kali ibu abah dapat jemputan kenduri kahwin. Biasanya ia dalam bentuk sehelai kertas nipis yang dilipat empat. Lipatan tersebut apabila dibuka, ia akan terbahagi kepada empat ruang iaitu satu ruang muka hadapan, dua ruang meliputi maklumat majlis seperti nama ibubapa pengantin, nama pengantin, alamat, waktu bersanding dan waktu jamuan. Ruang yang ke empat pula adalah peta ke rumah pengantin. Kertas tersebut pula biasanya berwarna merah, sinonim dengan warna surat saman, hehehe.


McD Prosperity Burger kini kembali bermakna tidak lama lagi kaum cina di seluruh dunia akan menyambut tahun baru dalam kalendar mereka. Setiap kali itulah, Mc D akan keluarkan edisi terhad burger prosperity yang berbentuk lonjong yang dicelup dalam sos lada hitam serta ditaburkan hirisan bawang holland. Sk beli tiga set Khamis lepas bawa ke Senai.


Satu set Prosperity Burger datang bersama Twister Fries dan Ice Lemon Tea. Boleh juga upgrade ke minuman lain jika suka. Dalam bekas hijau tu, Sk tapau baki Spiral Pasta yang Kak Imah bawa untuk Pot Luck.


Setiap kali PB ni keluar, mesti nak beli la. Cuma tak silap pernah sekali Sk terlepas membeli dan ia tidak ditawarkan lagi. PB biasanya mula dijual di Mc D bermula awal Disember sehingga Tahun Baru Cina. Ia akan dijual selepas itu selagi stok masih ada.


Sk suka sangat Twister Fries ni. Berbanding dengan kentang goreng Mc D yang lemau apabila sejuk, twister fries ni tetap sedap walaupun dah sejuk.


Potong dua setiap burger dalam keadaan masih berbungkus. Eh, macam Wanpaku Sandwich pulak rupa dia. Kalau makan PB ni, Sk tak mahu letak sos cili sebab tak nak mengganggu rasa sos lada hitam tu. Bawang holland tu, bila tergigit, terus rasa pedih mata dan hidung, haaa.. barulah feel makan Prosperity Burger.. hahaha.

Eh, nak kena beli lagi ni!
😂😂😂

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya nampak. Prosperity memang sedap pun.memang kena repeat tu

    ReplyDelete
  2. Di LD pun esok ada beberapa jemputan walimatul urus.
    In syaa Allah kami akan menghadirinya.

    ReplyDelete
  3. PB yang saya dapat sedikit sahaja sos lada hitam. Bawang itu lansung tiada. Terpaksalah saya sendiri hiris letak. Hehe itu yang saya tidak suka McD sangat. Produk tidak konsisten.

    ReplyDelete
  4. Kalau saya makan satu tak puas.. Haha

    ReplyDelete
  5. Sempat pergi semua ke SK walimatul urus tu? Banyak tu 3 jemputan dlm sehari.
    PH macam tak pernah makan PB. Tahu makan Mc Chicken je hehe ..

    ReplyDelete
  6. Kita pun semalam & hari ni dapat beberapa jemputan..
    Tapi walau kenyang nasi kenduri..kalau dihulur PB tu pasti tidak menolak🤭

    ReplyDelete
  7. kan..ammi pun jarang tak beli PB bila tiba musim dia. sos black pepper pekat likat dia tu yg best

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!