Assalamualaikum WBT
ASYIK mengajak ke Rumah Kopi Sogama jer Pak Inche-nya sejak kami pergi mengopi di situ hari tu. Bukan kena mandrem tapi teringin nak santai-santai makan sate sambil mengopi gitu.
Gagahkan diri melayan walaupun hujan dan esoknya kerja. Siapa lagi nak jaga perut hati suami, kan.
Okey, kali ni kita snap pic menu dan kertas pesanan di Rumah Kopi Sogama. Sebutannya Sogame ya.
Sk duduk tepi (ke belakang?) tingkap ni yang merupakan ruangan untuk barista menyediakan kopi untuk pelanggan.
Kalau tak hujan, syok juga makan berbumbungkan langit.
Tiga gerai di luar kafe tapi cuma dua sahaja dibuka masa kami datang ni iaitu Gerai Sate dan Gerai Roti Canai. Ada pelbagai jenis roti seperti Roti Telur, Roti Sardin, Roti Pisang dan Roti Sarang Burung. Buat pesanan terus di gerai dan makanan dihantar ke meja boleh terus bayar.
Mengenangkan esok kerja, Sk tak mahu mengopi nanti payah nak tidur. Kalau dapat tidur pun macam berjaga, kepala otak akan berfikir macam-macam.
Pak Inche pesan doploh cucuk sate daging. Rempah perapan satenya sedap cuma tekstur dagingnya tidaklah berapa lembut. Kuah sate betul-betul sedap. Nasi impit kena add-on masa pesan sate.
Tertarik dengan gambar Roti Pisang yang ditampal di kaunter gerai Roti Canai. Bila dapat, sebijik sejibun rupa macam dalam gambar. Selalu nampak menu ni di Restoran Mamak tapi tak pernah cuba. Rupa-rupanya macam murtabak la, tapi murtabak inti daging (savoury) yang ni inti pisang, manis la. Yang buatkan sedap, roti tu garing dan gebu. Dua hiris pisang diletak atas roti bentuk ❤️. Roti Pisang pun bentuk ❤️ juga dengan jem strawberry yang dipancit keliling juga membentuk simbol ❤️. Romantis sungguh, hahahaha.
Roti Telur untuk Pak Inche tapi kok kuahnya letak dalam bekas kotak burger yang dipotong dua. Roti pisang dah cukup romantis, dapat Roti Telur macam orang baru clash pulak 🤣. Kecewa Pak Inche, muka ganas tapi dalam hati ada taman. Dia pun nak makan dalam tempat cantik-cantik, terus dia kata 'out', hahahaha.
Dekat sini cuma ada itulah. Tak ada pulak makanan goreng-goreng yang sesuai nak digandingkan dengan sate. Takpe, yang penting, remaja purba berdua ni tetap berganding selepas 23 tahun bersanding. Bulan depan, insyaAllah, kami sambut ulangtahun perkahwinan yang ke 23. Ni pun tengah honeymoon kat pulau. Pulau mana? Pulau Pinang laaaa mana lagi.. nak makan nasi kandarrrr.
😋😋😋
hari ni kak ana blogwalking, ramai cite kisah makan :) menarik konsep venue makan sebegini kan, kita ada banyak pilihan..
ReplyDeleteYelah
DeleteRamai yan cerita pasal jjcm
Sogama ye SK. Tempat saya di LD Segama pula. Tu, roti pisang tu, sedapnya. Selalu cari di LD tapi susah nak jumpa.
ReplyDeleteSedapnya sate. Makan time hujan panas-panas.
ReplyDeletekesedapan sate adalah pada kuahnya. janji dagingnya empuk... jika daging kurang sedap pun, jika dicicah ke dalam kuah kacang yg sedap, secara automatik sate tu sedap!
ReplyDeleteamboi siap ada love..
ReplyDeleteOk..saya baca memgundur sebab tu tak tau depa pi Penang..hihihi
ReplyDeleteMenariklah roti pisang tu.Sesuai untuk merpati 2 sejoli ni yang berhoneymoon .
Semoga SAMAWA hingga ke Jannah...Happy honeymoon
kita ingatkan diornag buat roti pisang bentuk tu khas untuk kak seri dengan pak inche..rupanya memang dalam gambor gitu ek..hahahah
ReplyDeleteLapar perut kita ha...terus teringat plak SAte XL...aduhai....kena repeat ke apa ni...masalahnya dah berkali- kali repeat tapi x jemu lagi ni...
ReplyDelete