SUP TULANG & SAMBAL KICAP POWER

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

DAH cuti sekolah ni, laju aje nak sampai pejabat sehingga nak menghabiskan kopi pun tak sempat. Walaupun keluar macam biasa, setengah jam sebelum pukul 8, Sk dah sampai ke pejabat. Memang seronok pergi kerja waktu cuti sekolah tapi yang tak seronoknya bila nak jalan-jalan. Yang pelik, dah tak ada anak sekolah pun, bila nak pergi bercuti, baru sedar masa tu tengah cuti sekolah. Rasa nak tampar diri sendiri, hahahaha.


Semalam, masakkan Sup Tulang untuk Pak Inche. Mujurlah dah tanya awal-awal malam sebelumnya, jadi, sebelum pergi kerja, Sk rendam dahulu tulang rusuk yang Pak Inche beli saing dengan tulang yang masak Kari Tulang Lembu yang dimakan bersama Roti Jala Cik Ani masa hari mengundi tu. Semua bahan ada kat rumah cuma daun sup dan daun bawang je yang tak ada. Balik kerja singgah kedai, terkejut Sk, daun sup tu adalah lima pokok halus-halus, bila ditimbang harganya RM1.40. Daun bawang pulak baru 60 sen. Mahei sungguh laaa, nasib baik dapat diskaun 20 sen sebab Sk ada beli cuka jugak, jumlah RM4.20, 20 sen dia kata, tak payah. 

Sampai rumah, tengok tulang tu dah lembut. Bukan tulang yang lembut tapi daging pada tulang tu, hehehe. Sk terus bersihkan dan bilas, rebus 15 minit dalam kuali. Air rebusan tu Sk buang, dan bilas semula tulang tu, barulah masukkan dalam periuk noxxa dan set HP60. Sementara tu, buat kerja lain dulu iaitu buat Sambal Kicap Power.


Kalau selalunya, Sk buat sambal kicap mentah dan tiada sukatan, kali ini, Sk ikut resepi Sambal Kicap Mak Cella. Bahan-bahannya sama, cuma ada penggunaan cuka. Sk juga tak letak garam seperti resepi asal. Memang sedap rasanya, jujur lebih sedap dari sambal kicap yang biasa Sk buat, silakan tiruuuu.

Resepi Sambal Kicap
Sumber : Mak Cella

Bahan-bahan :

1 cawan cili padi hijau (Sk campur)
3 ulas bawang putih
1 st garam (Sk tak letak)
1 cawan kicap manis
1/4 cawan cuka
4 tbs gula pasir
3 tbs minyak masak

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak.

2. Patahkan cili, goreng cili dan bawang putih hingga kulit cili jadi putih.

3. Angkat, masukkan dalam lesung batu, tumbuk bersama garam hingga halus.

4. Masukkan gula, cuka dan kicap manis, gaul hingga sebati. 

(Cara Sk : masukkan cili, gula dan cuka dalam chopper, kisar hingga halus. Kemudian baru masukkan kicap dan gaul hingga mesra.


Memang power ya sambal kicapnya, nak-nak pulak, Sk gunakan cili padi jenis pedas campur cili padi centil yang montel-montel tu. Dan tekstur sambal agak berbeza, pekat, kental dan sebati serta ada rasa masam cuka tu tapi taklah pulak terlalu masam. Katanya, sambal ni tak perlu masuk peti sejuk sebab ia tahan lama kerana ada penggunaan cuka, tapi Sk simpan dalam peti sejuk jugaklah, jadi, boleh simpan lagi lama, banyak tuuu. Terus berangan nak masak soto pulak nanti, hahaha.

        

Disebabkan tulang tu ada sekilo jugak, cuma separuh aje yang Sk masakkan sup, yang lain tu, Sk sejuk bekukan, rasanya tu nanti mesti Pak Inche suruh masak kari. Makan dengan nasi minyak pun sedap jugak tu kan. Aishhhh.. dah terasa-rasa la pulak kat anak tekak ni, hahahaha.


Untuk sup tulang ni, Sk buat cara mudah aje. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang merah yang dimayang, kemudian masukkan sup bunjut, kentang dan air secukupnya hingga tenggelam kentang. Bila kentang dah hampir empuk, baru Sk masukkan tulang yang dah direbus tadi bersama dua cawan air rebusan. Campakkanlah bahagian bawah pokok sup dan daun bawang, nak makan baru taburkan daunnya. Makan dengan nasi putih aje pun dah cukup menyelerakan. Dah wassalam supnya tu, tak ada simpan-simpan, syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya kalau dapat tulang rusuk kan....eh...nak beli la..memandangkan tinggal 3 orang je ni beli 1/2 kilo cukup la kot kan....ok weekend kita buat eh...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  3. Memang nampak menyelerakan sup tulang tu, tambah lagi ada sambal kicap

    ReplyDelete
  4. Adoi menggoda sungguh sambal kicap tu, tak sabar nak cuba.
    Memang padulah gandingannya ye SK, sambal kicap + sup daging tu.

    ReplyDelete
  5. Fuhh... sambal kicap tu mst menyengat bau wangi cili hijau... sy sejak cuti sekolah ni aher msk opis sbb gerak lmbt dr umh... hehehe

    ReplyDelete
  6. Nak try la sambal kicap tu. Buat cicah² pisang goteng pun sodap nihhh

    ReplyDelete
  7. musim ujan skarang..dpt hirup sup tulang mmg yummmyyy..nk plak ada sambal kicap lg ummmmppp

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!