Assalamualaikum WBT
LAMA tak ke Ikea dan dah lama tak makan di Kafe Ikea. Beberapa kali jugak Sk suarakan dengan Iman, nak makan kat Ikea hari Jumaat tapi setiap kali tiba Jumaat, tekak ni nak makan nasi la pulak. Pagi tadi, Iman menyebut.. dah dia sebut, tak sampai hati pulak. Kali ni, mesti jadik!
Suruh Iman memandu, dia tak mahu. Tahulah lebuhraya Pasir Gudang tu, banyak lori dan banyak lubang serta banyak kenderaan. Takpelah, kita go head sajalah. Sampai kafe Ikea, ramainya umat sedang menikmati makan tengahari. Terus masuk barisan dan barisan semakin panjang. Mujur masih ada meja kosong.
Pagi, cuma sarapan sandwich jadi perut memang kosong mintak diisi. Ambil Salad, Beef Steak untuk Iman, Salmon Panggang untuk TTK dan Meatball Ikea semestinya ada. Nak jugak ayam panggang tapi bimbang tak habis, jadi kita mintak tapau siap-siap.
Salmon Panggang.
Meatball Ikea ambil 16pcs sahaja.
Brazilian Beef Steak tapi sos tu rasa cam sos Thai, hihi.
Salad.
Kepak Ayam Panggang.
Lepas makan, sambung meronggeng. Dah lama tak jalan-jalan kat show room Ikea. Iman menyamar jadi sotong kurita.
Penyamaran sebagai baby elephant 😆
Singgah MnS - Zara Warehouse Clearance kat Toppen. Suruh Iman cuba jumpsuit ni, nak belikan dia tak nak. Tak ada keyakinan nak pakai jumpsuit, lagipun nanti susah nak dot dot dot katanya, hahahaha.
Dalam perjalanan balik, bunyi whatsapp masuk bertalu-talu. Malam ni ada mesyuarat kelab. Iman kata, kena pergi jugak sebab semalamnya dia tak datang (sebab balik rumah). Dah jadi ahli, kenalah bagi komitmen. Iman mintak pinjam kereta, lepas habis mesyuarat dia balik. Sk suruh tidur kolej jer, esok pagi baru balik. Yang si bapak, sibuk nak hantar jugak, sabar aje la.
Comel la Iman dengan jump suit tu...bwstnya meronggeng berdua...SA kalau sihat nak pi meronggeng gak esok ni...
ReplyDeleteFamilybonding dgn anak dara.. lama dh x merasa meatball ikea.. dapnyerr
ReplyDeleteEh..pada mata makngah ..cantik la Iman pakai jump suit tu..serius..!
ReplyDelete