MAKAN DENGAN KAK DI HASHIM IKAN BAKAR KUALA KETIL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

DARI Ipoh, kami meneruskan perjalanan ke utara. Kami bercadang untuk ke Kuala Ketil dahulu sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang. Masa balik dari Alor Setar tuari, kami singgah tapi kak tak ada rumah. Kali ni kita mesej dulu.


Sk whatsapp kak (kakak sulung Pak Inche) beritahu kami nak ajak kak makan ikan bakar. Memang sengaja tak beritahu kami nak balik. Lagipun cuma singgah sekejap, tak perlu kak nak kena masak bagai atau persiapkan bilik. Sampai Kuala Ketil, ngam waktu zohor. 


Kuala Ketil ni memang banyak port makan ikan bakar waktu tengahari. Kami ke Hashim Ikan Bakar yang terletak bersebelahan SMK Kuala Ketil. Ini kali kedua kami ke sini tapi kali pertama bagi kak yang tinggal di Kuala Ketil. Walaupun dah hampir pukul 2 tapi lauk masih banyak.


Nasi Putih 3
Ikan Caru Bakar 1
Ikan Talapia Bakar 1
Ikan Kembung Bakar 1
Ulam & Sambal Belacan
Kerabu Taugeh
Sulur Keladi
Sup Campur
Ais Limau 2
Air Suam 1


Jumlah semuanya RM42.50

Mana-mana pun sekarang, hadap sajalah kan. Barang mentah pun bukan murah. Nak masak pun bukan tak penat, ditambah dengan kos tersembunyi dan gaji pekerja yang perlu dibayar. Kalau menyewa kedai, modal makin bertambah. Kalau meniaga tak mahu untung baiklah makan gaji. Tapi, kalau semua orang nak makan gaji, siapa pulak nak meniaga makanan nanti???

Oleh itu marilah kita saling melengkapi, supaya hidup terus harmoni.

InsyaAllah ❤️

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ada lauk sulur keladi.
    Mesti gembira Kak diajak makan luar.

    ReplyDelete
  2. Lama tak pekena ikan bakar ni...tambah2 dgn ulam+sambal belacan... memang saling melengkapi la...hihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,
    seronok kak dapat jumpa dan makan bersama adik dan iparnya yang dirindu.
    Kalau saya pilih ikan kembong bakar..hihihi

    ReplyDelete
  4. Aduhai...semuanya masakan kampung...memang melampau sedapnya tu....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!