MENGOPI DI KOPIKHU BP

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

NAMPAKNYA Pak Inche pun dah berjangkit penyakit kupi-kupi ni. Dia tunjuk kat Sk, gambar sebuah cafe yang baru dibuka di Batu Pahat. Jadi, balik dari Melaka tu, kami singgah ke sini. Cafe diberi nama, Kopikhu.. yang tentunya menjanjikan kopi terbaik untuk pelanggannya.


Kami tak berhajat makan yang berat-berat, sekadar singgah untuk rehat dan mengupi. Macam selalu la, Iman yang buat pesanan dan dia pilih Biscoff Strudel. Sedap jugaklah tapi Sk rasa strudel inti buah-buahan jugak yang sesuai. Biscoff Strudel ni RM15.


Ada bihun bungkus-bungkus stail sarapan, ambil sebungkus, RM1.80.


Hot Latte untuk Sk, RM7.


Iman pilih Cappucino, RM8 dan Kopi Putih Ais untuk Pak Inche, RM4. Harga munasabah, kawasan luar bandar tak boleh jual mahal sangat, kan.


Muka tak puas hati sebenarnya, masa buat pesanan, Iman tanya, hantar ke meja atau kena ambil sendiri? Staf kata, ambil sendiri, jadi, bersidailah sekejap menunggu. Tapi, elok pulak la ada satu pasangan tu, staf siap hantarkan kat meja, bukan warga emas atau OKU pun.

Sabar aje la, Iman oiii.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh eh pelik pulak ada double standard mcm tu.. sabar ye kak iman... huhu... tp best la cafe tu walaupun ala hipster tp ada meehoon bungkus yg mcm jual kt gerai

    ReplyDelete
  2. baru nak cakap murahnya latte RM7

    ReplyDelete
  3. coffee always looks tempting ya Allah..

    ReplyDelete
  4. Apesal kat sana murah2..kat KL ni mahal semua...aduhhh..bergelora tekak tengok

    ReplyDelete
  5. Muka tak puas hati pun..lesung pipit mantain ayu...😘

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!