Assalamualaikum WBT
MASIH lagi menyambung cuti hari ini. Rasa macam dah lama nau-nau cutinya sampai dah naik lemau. Cuti sekolah pun dah mula, kan? Mesti penuh mall sana-sini, mak ayah bawa anak-anak shopping dan makan-makan. Sk nak pergi kenduri, tapi baju pun belum gosok lagi 😆.
Nando's.. antara restoran yang jarang-jarang sangat Sk singgah. Kami pergi ke cawangannya di Midvalley Southkey, Khamis lepas. Tujuan ke sana untuk beli barang sikit tapi sebelum tu makan dulu. Sebenarnya, masuk jer MV terkejut tengok ramai orang kat sana, rupanya Singapore dah cuti sekolah.
Semua pesanan hendaklah dibuat menggunakan apps dengan mengimbas kod QR. Sk pilih hidangan suku ayam panggang dengan dua side dish iaitu nasi dan sayur. Iman pilih chicken chop dengan satu side dish aje, jadi separuh nasi dan sedikit sayur bagi ke dia.
Risau tak kenyang, ambillah jugak set mushroom soup ni. Rotinya, roti bun yang dibelah dua dan dipanggang. Mushroom soup tu biasa aje la.. boleh laaa. Tenang-tenang aje makan kat Nando's ni, tak ramai sangat berbanding Oriental Kopi tu.. beratur sepanjang kedai, hihihi.
nampak sedapnya...sama la dah lama juga tak makan luar,
ReplyDeleteSedap dia punya sos :)
ReplyDeleteSebut Nando's...saya akan ingat sos peri-peri...
ReplyDeleteAlaaa....bestnya..SA suka nandos ni yang chicken shop...juicy....
ReplyDelete