MAKAN BUBUR NASI NO 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

BADAN dengan otak sama penat kerja hari ini. Dah petang-petang ni, baru sempat nak post satu entri. Itu pun taip-taip, padam.. taip-taip, padam 😆


Hari tu, pergi makan Bubur Nasi Istimewa No 1 di cawangan Larkin. Pesan macam biasa, bubur nasi tiga set dan kangkung extra.  

Bubur Nasi 3 - RM24
Kangkung extra - RM3


Tuang semua masuk mangkuk.

Condiments :
Kangkung Belacan
Sambal Cili Kering + Serbuk Ikan Bilis
Ikan Bilis Kasar + Bawang + Cili + Jus Limau Nipis
Kacang Tanah
Jeruk Lobak Cincang
Telur Masin sebelah


Pinggan-pinggan hidang kecik tadi kemas siap-siap letak tepi sebab kat tengah-tengah tu nanti nak letak sate.


Sekali, bubur dah habis, baru sate sampai. Sate daging RM1.20 secucuk, pesan 10 cucuk aje. Sate kat sini, besar dan sedap, tengah-tengah ada lemak yang mencair bila dibakar tapi masuk perut dia membeku la kot 🤣. Ada nasi impit, tak mintak pun, ingatkan percuma rupanya dia caj RM1. Tak apalah, suka jer makan sate ada nasi impit.


Rasa nak nangis kononnya makan lemak-lemak kat sate tu. Lemak tu laaa terpaling sedap. Sebab tu suka pesan sate setiap kali ke sini.


Jarang la dapat duduk depan-depan kedai macam ni. Cuaca pulak elok sejuk, tapi tak hujan. Makan pulak bubur panas-panas. Syukur Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alaaaa...sedapnya...lepas tunang nanti kita nak explore JB tau....nanti nak pi sini gak..x kira nak pi jugak...nak makan sate tu especially

    ReplyDelete
  2. Adudududuii..
    Kenapa saya terliur sangat ni bubur tu..terasa kat tekak pulak...Sate pun...

    ReplyDelete
  3. Bahagianya mkn ns bubur berlauk gitu.. panas2 pedas2 dapnyaa.. tp kat sini jarang ada kangkung belacan tu

    ReplyDelete
  4. Nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  5. kak ana pun suka sangat makan nasi bubur berlauk gini SK , rehat naa penat tuu kerja .. semoga baik2 hendaknya..aamiin :)

    ReplyDelete
  6. alamak sana sini satay tiba2 teringin rasanya akan berjangkit juga ni

    ReplyDelete
  7. saya suka betul bubur berlauk. biasa tapau kat kedai kawasan rumah ni je. tapi telur asin selalu kena pow dengan budak azri.

    ReplyDelete
  8. Lama betul tak makan bubur berlauk. Kat sini macam tak jumpa pun. Huhuhu. Satay yang ade lelemak memang feveret.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!