Assalamualaikum WBT
PUNYALAH semangat Pak Inche nak bertolak awal ke utara tuari, siap ambil cuti hari rabu tu ya. Sk pulak cuma mohon cuti bermula hari khamis, jadi, hari rabu minta dengan bos nak balik awal. Bos bagi balik pukul 2, tenkiu bosssss.. semog Allah swt panjangkan usia bos, Amiiiinnnn.
Sk ajak Pak Inche singgah Perhentian Bas Tangkak. Teringin nak makan Mee Bandung. Hari tu, kan tak dapat makan Mee Bandung kat situ. Kawan Sk, orang Tangkak beritahu, Mee Bandung kat sana lebih sedap dari Mee Bandung Muar. Tapi, ada sekali tu datang, Mee Bandungnya tak ada, kan. Boleh baca ceritanya di sini.
Hampir-hampir kecewa juga, sebaik kami memasuki Hentian Bas Tangkak, hujan mulai turun dengan lebatnya. Biasanya mereka letakkan meja di luar kedai, dalam kedai tu tengok tak ada meja. Sekali terpandang dua kedai di sebelah hujung sekali juga menawarkan Mee Bandung. Kami pilih kedai di hujung sekali. Tak ingat nama kedai tapi ada dua periuk besar asam pedas diletak depan kedai.
mee bandung kuah kacang jugak kan kak.. sedapp tuuh
ReplyDeleteLaaa...taktau pulak kat Hentian Bas Tangkak ada mee bandung sedap berbanding Muar.Kalau la tau...dulu zaman dok hantar/amik Adah kat Segamat tu boleh la singgah.Ni dulu kalau pi/balik Segamat....memang tak tau nak makan kat mana.Balik2 makan tomyam/somtam OS
ReplyDeleteSaya kan kalau makan mi Bandung, habis kuahnya dulu berbanding isinya. Itu tandanya kuahnya sedap... hihihiii.
ReplyDeleteKalaulah PH tahu awal, dah singgah dah tuari :D
ReplyDeleteLama sungguh tak makan Mee Bandung...
inilah baru mee bandung... ammi makan kat Seremban haritu patutnya dinamakan "mee sos" je..
ReplyDeleteHaaa..tengok rupa paras pun SA yakin itu memang mee bandung asli...nanti boleh la ke sana...
ReplyDelete