Assalamualaikum WBT
DESTINASI JJCM yang menjadi favourite kami setiap kali ke Penang, tentulah Kompleks Makanan Padang Brown. Di kalangan penduduk tempatan, Padang Brown juga dikenali sebagai Padang Broom.
Orang tua-tua kata, kalau makan jangan beralih tempat, nanti kahwin banyak, tapi malam tu, tiga kali kami beralih meja. Mujurlah meja pertama dan kedua tu belum makan lagi sebab dengarnya, dikatakan jangan beralih tu, jika sudah makan, hehehe. Punca beralih tu, sebab meja pertama tu agak besar. Beralih ke meja ke tiga sebab hujan mula turun setitis... setitis.
Antara menu wajib jika anda ke sini. Selain Padang Brown, kebanyakan medan selera atau restoran di Pulau Pinang juga menawarkan menu-menu ini.
Minuman boleh dipesan terus dari meja tapi makanan-makanan lain tu, kenalah rajin sikit jengah ke gerai. Makanan dihantar ke meja dan terus bayar, mudah!
Sotong Bakar (RM17) dan Sotong Kangkung (RM13). Sotong Bakar tu, sotong kering yang diketuk hingga nipis kemudian dibakar atau panggang, dicicah dengan sos khas. Sotong kangkung pula, sotong kembang yang direbus dan dihidangkan bersama kangkung celur dimakan bersama kuah rojak dan taburan kacang tanah hancur.
Pesan jugak seorang sepinggan Mee Goreng Sotong iaitu Mee Goreng bersama lauk Sambal Sotong. Yang ni dia guna sotong kering. Selain sotong, ada juga ayam, udang dan kelempung (paru). Mee Sotong 2 pinggan RM14. Kalau nak mee kosong jer, RM5. Malam tu, mee dia lembik sikit dan sotong kecik-kecik, tak sedap macam
KAT SINI.
Rancangnya, lepas makan di Padang Brown nak pergi Sup Hameed tapi tengok-tengok kat sini, ada gerai sup, kami makan kat sini ajelah. Tak perasan pulak sama ada ianya cawangan Sup Hameed atau tauke lain. Sk minta Sup Kambing semangkuk, ia datang dengan tiga keping roti benggali, satu set RM10.
Walaupun dah malam, tapi memasing nak minum Air Sarbat. Ni
sebelum minum Ais Tingkap kat Chowrasta, fikirkan tak sanggup nak beratur, kami minum kat sini jer la. Sedap tu subjektif kan, bagi Sk dan Pak Inche, kat Padang Brown ni lagi sedap air sarbatnya, isi kelapanya pun muda dan lembut. Walaupun tak tahu sangat definasi rasa sarbat tu, tapi memang ada la kelainan rasa tu selain dari rasa sirap semata.
Pertama kali ke Penang tak makan pasemboq. Malas beratur lagipun dah banyak makanan lain, kan. Yang tukang makannya dua mulut aje pulak. Hampir-hampir nak habis makan tu, tengok ada pengunjung datang bawa pinggan duduk sebelah meja kami. Pelik, lepas tu baru perasan, pengunjung yang kat luar dah bertempiaran, rupa-rupanya dah hujan daaaa. Cepat-cepat bangun bagi orang lain duduk, kami redah hujan la sampai ke kereta. Oh, sekarang dah kena bayar tau medan letak kereta dalam Padang Brown tu.
Ni la merpati dua sejoli baru lepas meredah hujan. Patutnya balik hotel terus mandi tapi sambung lepak tepi pantai pulak, kok tang katanya. Hurmmm.. ada tak sesape boleh nasihatkan Pak Inche soh diet? Ketegaq sungguhhhhh.. asal tengah malam jer lapar, huhuhu. Buat-buat mati tidur jer laaa, malas nak layan... hahahahaha.
Honeymoon sungguh merpati dua sejoli ni..🕊️🕊️
ReplyDeleteTak nyannyi lagu " Memori Daun Pisang'" dalam hujan tu..hihihi
Apa khabarlah 🕊️🕊️ dari LD nu..Dah sampai Jeddah agaknya..Semoga Allah mudahkan urusan depa
Haritu rasanya tak dan ke Padang Brown ni. Nampaknya kena repeat pergi Penang!
ReplyDeletesedapnya...pasemboq mmg wajib kalau pi penang...
ReplyDelete