Assalamualaikum WBT
BALIK dari Melaka hari tu, walaupun masih awal, idok ler Sk nak memasak. Penat mental dan fizikal. Mungkin faktor usia jugak. Syukurnya pulak dapat pasangan yang memahami jika kita kata penat, dia redho aje.. hahaha. Jadi, awal-awal dah cakap ngan Pak Inche, makan kat luar aje. Dia pilihlah kat mana, pun.. janji Sk tak masak. Sk belanja.. sebab masa jalan-jalan tu, Pak Inche dah belanja banyak, hehehe.
Hari tu, Pak Inche ternampak IG Stories
Iman makan di Dapur Jendela, PI ada mintak bawa pulak dia ke sana, cuma SK belum berkesempatan nak bawa. Bila Sk tanya, nak tak makan kat Dapur Jendela? Eh, dia nak pulak walaupun sehari tu tak jumpa nasi, tapi agaknya pagi tu dah makan nasi lemak kat hotel. Bukan apa, PI ni kadang (sebenarnya selalu) agak cerewet jugak kalau kita ajak makan kat kafe-kafe ni, nanti ada jer yang tak kena di mata dan di tekak dia, nyampahs! Hahaha.
Caramel Macchiato (13.90) untuk Iman dan Mango Guava (RM13.90) untuk Pak Inche. Dua-dua sedap. Pak Inche pilih minuman yang sama masa Sk datang ke DJ sebelum ni. CM tu terlalu sedap, okeh!
Tuan Tanah Kedaung macam dah insof sikit nampaknya. Kalau tak, manjang nak mengopi.
Kalau bawa Pak Inche, memang gambar tak semenggah la ya. Sejenis tak penyabar nak makan. Dah kita kena snap pic laju-laju, tak cantik ler gambarnya. Kalau tegur lebih karang, merajuk, hahaha.
Pesan Mushroom Soup untuk Pak Inche. Kalau pergi mana-mana restoran masakan barat, memang dia suka la Sup Cendawan ni. Masa dihidang, panas betul sup tu, macam baru angkat dari periuk. Pak Inche pulak tak menyabar, sampai melocot lidah, tu la.. orang dah kata, camera eat first.. hahaha.
Mushroom Soup tu sedap giler! Ada hirisan-hirisan cendawan dalam tu dihidangkan bersama dua keping garlic bread. Harga satu set ni RM12.90.
Sk pilih Sandwich Croissant gara-gara tergoda asyik nampak dia lalu-lalang kat wall fb, hahaha. Sedaplah, tapi mungkin lebih sesuai kalau makan masa sarapan. Roti croissant yang gebu mengapit kepingan ham daging lembu (tak tahu istilah yang betul) dan telur hancur yang melimpah dengan keju yang lemak mencair. Sk suka telur dia yang lembab-lembab tu. Daging tu, tak keras kejung, lembut jer. Harga sandwich ni RM17.90.
Lamb Chop untuk Pak Inche. Biasalah dia tu.. suka pilih yang mahal kalau kita belanja. Tapi, kalau dia sendiri belanja, dia makan Chicken Chop aje, hahaha. Kambing sedap dan porsi agak besar sampai tak habis makan Pak Inchenya. Apa taknya, dia baru habiskan semangkuk Mushroom Soup! Lepas tu dia paksa Iman habiskan. Lamb Chop RM28.90.
Antara signature dish yang buat DJ dekat sangat di hati regular customer-nya adalah
Lempeng dengan Sambal Tumis serta Ubi Kayu Rebus. Sk pilih lempeng sebab dah lama rindu. Lempeng garing dan gebus, apa rahsianya?? Iman cakap, nanti datang lagi, dia nak makan lempeng pulak. Satu set lempeng/ 2 keping RM6.90.
Garlic Fries setalam (RM14.90). Kentang tu besar dan gebu. Sk suka sebab fresh dari oven tau. Panas-panas dia hidang, bukannya dah digoreng awal-awal. Rasa bawang putih tu tak keterlaluan, memang sedap! Tak habis makan, minta staf bungkus, sambung makan kat rumah pulak.
Iman salah pilih menu.. dia pesan Spring Chicken (RM19.90), lepas tu dia tanya Sk, "Bonda agak-agak, Spring Chicken tu macam mana?" Laaa.. patut masa order tu la tanya. SK kata, agaknya ayam tu digoreng kot. Haaa.. memang betul la... ayam goreng. Sampingannya kentang goreng, sos cicah dan salad serta fruit cocktail. Sebab nak kena tolong habiskan kambing babah dia, Iman makan separuh jer ayam tu lagipun dia mana pandai ratah-ratah ayam goreng macam ni. Dah selamat pun ayamnya Sk buat nasi goreng, hehe.
Makan sambil tengok Final Gegar Vaganza. Tapi Sk dah tak minat tengok GV sekarang... huhuhu. Kalau Pak Inche tu, dia masih minat ya tengok rancangan-rancangan hiburan ni, Kalau filem atau drama jer Sk masih suka nak tengok lagi-lagi genre thriller dan seram. Hari tu dah habis tengok One Cent Thief, memang puas hati sangatlah dengan penamatnya. Sekarang tengah layan k-Drama, Revenge Of Others dan satu lagi drama omputeh, Post Mortem. Oh, novel seram Kak Amie pun belum habis baca tu termasuk tiga lagi novel semua tunggu giliran.. hihihi.
Dapur Jendela (since 2012)
42, Jalan Setia Tropika 1/29,
Taman Setia Tropika
81200 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari kecuali Jumaat
11 pagi hingga 11 malam
Untuk pertanyaan dan tempahan : 018 2892017
nampak sedap juga ye makanan ni..ada mix tradisional dan moden
ReplyDeleteWow menunya east meets west gitu ..ada western food dan menu klasik macam lempeng tu ... sedapnya
ReplyDeletehuhu lama x makan luar...sejak kena jaga orang sakit ni..semua menu masak kena yg sihat2..hihi
ReplyDeletecamera eats first always...hehe
ReplyDeletesy tgh duk craving pakmatwestern tnampak lamb chop pak inche terus terasa lalu2 je kat tekak ni
sos lingham! I LIKE!
ReplyDeleteBaca tajuk terbayang SK duduk atas jendela dapur sambil makan!
ReplyDeleteLaaaa.... rupanya makan di Dapur Jendela
Ni kalau dekat ni, dah bawak anak bujang sorang tu pi makan. Memang feveret dia western food. Makan tak boleh kongsi².
ReplyDeleteMushroom soup tu memang nampak sedap betholl
Okey...as usual masuk wishlist...saje je kan...bagi kita terliur
ReplyDeleteMakan kat Dapur Jendela takpa..Jangan makan kat atas jendela dapur🤣
ReplyDeleteTapi semua makanan nampak sedapnyaaaaaa..
Lempeng tungaring elok saya ingatkan roti paratha