SARAPAN KAMBING BAKAR DI DAPO TOKMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

MAKAN Kambing Bakar waktu malam memang biasa bagi sesetengah orang tapi makan Kambing Bakar waktu sarapan luar biasa bagi kebanyakan orang. Ketika borak-borak semasa Pot Luck minggu lepas, Fidah kata, minggu depan dah tak ada pelajar, jom kita pergi makan Nasi Lemak Kambing Bakar, hari Selasa. Sk 'onz' sajalah. Sejak sepanjang minggu lepas hingga minggu ni memang diet ke laut dalam, mungkin akan terus tenggelam sampai tahun depan 😂.


Kedudukannya yang agak tersorok di dalam taman perumahan tidak menghalang orang ramai berkunjung ke sini. Kami sampai awal pun hanya tinggal beberapa meja sahaja yang masih tidak diduduki pelanggan. Fidah 'cop' meja sementara kami disuruh buat pesanan dahulu. Mudah sistem di sini, pilih meja dan tengok nombor meja, buat pesanan makanan di kaunter, bayar dan tunggu di meja sehingga nombor meja dipanggil menggunakan sistem pembesar suara. Manakala minuman akan dihantar terus ke meja, senang!


Nasi lemak bukanlah makanan kegemaran Sk. Nampak sahaja ada menu Lontong Kering terus hati berdebar-debar nak makan ia dengan Kambing Bakar. Seumur hidup sejak pandai mentekedarah ni, belum pernah lagi makan Lontong Kering dengan daging kambing, mungkin kerana Sk belum jumpa di mana-mana restoran atau kedai makan yang pernah Sk singgah.


Terdapat empat pilihan lauk untuk dimakan bersama Lontong Kering iaitu Ayam Goreng, Ayam Kicap, Rendang Daging atau Kambing Bakar. Nak pilih semua pun boleh saja! Set Lontong Kering biasa datang bersama Sambal Goreng Jawa, Sambal Kacang dan Serunding Kelapa.


Fidah, Naza dan Kak Imah, masing-masing makan nasi lemak dengan kambing bakar. Kambing bakar tu sedap, Fidah kata, rasa kambing bakar tu seakan Kambing Perap Pak Mat Western.


Nasi Lemak Kambing Bakar. Memasing mengembekkk pagi-pagi nampaknya, hahahaha. Selain tu, kat sini ada sate jugak tau!


Jom sarapan di Dapur Tokma!
#kenyangperutsukahati

seawal dari jam 
7.30pagi - 12.00 tengahari

📍65, JALAN ORKID UTAMA, 
TAMAN ORKID, 
81200 JOHOR BAHRU.

📞0196610716

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau di Kelantan, memang biasa makan kambing bakar waktu sarapan. paling glamer makan dgn nasi kerabu atau nasi berlauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, kedai nasi kerabu kat sini makan ngan daging atau ayam bakar jer, jarang jumpa kambing. Eh, ni yg rasa nak pi Kelantan ni.

      Delete
    2. E, lupa.. pernah makan nasi kerabu ngan kambing bakar kat sini

      https://sariyusa.blogspot.com/2020/11/nasi-kerabu-usop-sarapan-pagi-ini.html

      Delete
  2. Masyaa Allah...
    Tak kisah lah pagi petang siang malam..Kalau dah namanya kambing saya pun suka..
    Errrr..bak kata SK...talam beratur panjang mana pun menunya...Lontong Kering juga dicedok..Kita sama taste bab ni..hihihi

    ReplyDelete
  3. Ada rezeki nanti nak serang pula tempat makan di JB. Di Parit Raja hari tu sempat makan lontong eh, nasi himpit ke goreng dengan kambing! Banyak kambing di Tanah Jauhar. Sempat lagi kita makan roti dengan sup kambing hehehehee.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kambing bakor! Masya-Allah...

    ReplyDelete
  5. eh syoknya kak! dulu saya pernah makan nasi lemak kambing bakar as sarapan ni dekat port dickson aje..ni da ada yang buat kat johor, nak pergi la nanti! thanks kak share!!!

    ReplyDelete
  6. Wah boleh mencuba ni SK...Fav kita kambing bakar ni...

    ReplyDelete
  7. Dia tayang lagi tempat makan best....aduyaiiii...

    ReplyDelete
  8. Sini ada sarapan roti canai dengan kari kambing.
    Kambing sekarang tidak hamis.

    ReplyDelete
  9. hahaha...diet sedang berada diluar kawasan. akan kembali semula tahun hadapan jika diizinkan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!