Assalamualaikum WBT
MALAM kelmarin, telah bersiaran secara langsung di kaca tv, perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Maldives. Pak Inche kata, tak payah masak untuk makan malam sebab dia nak beli Kentucky. Memang kadang-kadang macam tu, tiap kali ada live bola, suka nak makan fast food.
Orang dulu-dulu panggil Kentucky, kan. Samalah macam Johor Bahru, orang lama sebut Johor jer, sekarang ni jer la sebut JB. Sk mula kenal kentucky ni bila dah duduk di Johor, dah sekolah menengah. Masih ingat lagi kisah masa bulan puasa, Sk dan Along punyalah malu bawa plastik kentucky ni naik bas sebab nak berbuka dengan ayam kentucky. Malu sebab satu bas bau ayam goreng, hahaha.
Pak Inche beli set snack plate untuk Sk dan dinner plate untuk dia. Tapi, tulah.. lupa nak ingatkan dia beli Cheesy Wedges. Oh, setiap kali makan kfc ni, selain dari teringat kisah beli kfc dengan Along naik bas, Sk ingat juga,
Pakcik Din dan Mak Leha pernah bawa kfc ke rumah kami selepas arwah abah meninggal dan kami makan kfc sama-sama anak-beranak kecuali ibu aje la yang tak makan ayam, kan. Sekarang, kalau kami nak makan kfc, kami akan tapaukan Big Mac (Mc D) untuk nenek (ibu).
Siapa yang makan kfc cara macam ni, kita geng! Roti tu, makan dulu cekut dengan whipped potato, coleslaw dan sos cili, kemudian makan ayam dengan cara yang sama, hahaha. Whipped potato dan coleslaw tu memang kena beli extra sebab mana cukup dapat secoet dalam set tu aje. Tapi, setiap kali beli kfc ni, mesti ada isu. Pak Inche kata, staf yang ambil pesanan tu tak tanya pun sama ada pelanggan nak ayam perisa original atau spicy. Pak Inche pun lupa la nak cakap dia nak ayam original. Balik rumah memang semuanya spicy la.
Tu takpa, bila Pak Inche periksa bungkusan dalam plastik, staf tak masukkan whipped potato. Nasib baik Pak Inche tengok, kalau tak dah rugi RM8. Saja tepek resit kat sini, nak tengok lagi 10 tahun berapa banyak pulak kenaikan harganya kan. Rasa-rasa whipped potato tu dulu baru dalam RM3.90+ kot, hahahaha.
Semua dah mahal sekarang, kalau dah teringin sangat tu, pejam mata, beli aje laaaa.
bila sebut kentucky terbayang logo lama gambar atok rambut putih tersenyum menggamit memori zaman dulu
ReplyDeleteSama la..SA pun kalau dah teringin sangat memang pejam mata je...benda makan ni x leh berkira sangat untuk diri sendiri kan
ReplyDeleteRindu nak makan KFC zaman kita remaja dulu... yang ori punya. Memang aromanya harum!
ReplyDeletehahaha..betoi..betoi.dulu memang KFC dipanggil Kentucky kan..padahal tu nama tempat kot🤣
ReplyDeletekita geng..makan roti dgn cara mcm tu...hihi
ReplyDelete