POT LUCK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

TERLAKSANA sudah mesyuarat bahagian kemahiran dan laporan tahunan peringkat kolej tahun 2022 ini. Dah siap kemas, dah siap basuh, lempeng pun licin. Yang kelakar, ada sorang lagi bawa lempeng tapi cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Selain tu tak ada siapa-siapa yang bawa benda yang tersama.




Tapi tapi tapi.. empat orang ni, boleh pulak tersama warna baju. Masuk-masuk pejabat dah nampak Ain dan Fidah pakai baju warna hijau mint. Kemudian, nampak Naza pun pakau warna hijau, tapi hijau zamrud kot warnanya. Jadi, bergambarlah empat dara pingitan, ahaks!




Nasi goreng, kuey teow goreng dan pasta spiral goreng. Pasta goreng Kak Narimah bawa, nasi goreng, Ecah bawa, kuey teow tak pasti siapa yang bawa.


Bahulu juga Kak Imah bawa. Sk nak makan kena celup dalam teh baru boleh telan. Sk memang kalah, boleh terbekik dengan kuih bahulu kalau tak cukup syaratnya.


Fiza bawa dim sum. Fiza tauke dim sum kat opis, hehehe.


Tak pasti siapa bawa getuk ubi dan belebat ubi ni. Ke belebat pisang? Tak pastilah sebab Sk tak ambil. Getuk ubi tu sedap nau nau.


Kuih-muih beli yang disumbang rakan-rakan antaranya Cara Berlauk, Bakar Pandan, Dangai, Kaswi, Pulut Serunding dan Sagu Bronok.


Siapa tah bawa ais krim oreo. Sk tak makan sebab dah mula batuk-batuk.


Ni masih ada yang belum sampai.


Arifah yang bawa minuman dalam kotak besar ni. Yang dalam jug tu, Kak Imah bancuh kopi dan nescafe. Tak lama, Shasha datang bawa teh tarik 1 bekas cam macam kat katering tu.


Hajah baru sampai, tengah susun nasi lemak daun pisang.


Hajar datang bawa dadih.


Makan dulu sebelum mesyuarat.


Pinggan Sk 😋


Yang ni namanya Mahani.. cantik kannn.. bukan saja cantik, suara sedap, hati pun baik tauuuu. Ni tahan ketawa sebab Mahani nak luah perasaan pendapat, mikrofon tak ada suara. Jadi selfie dulu sementara ada member betulkan mikrofonnya. Mikrofon dah okey tapi timer kamera tengah on.. tu yang nak tergelak sebab memasing dah ngusik.. sempat lagi tu..
 Hahahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suara sedap? Upload la suara dia nyanyi kat sini juga!

    ReplyDelete
  2. Meriah menunya. Cantik la warna baju akak tu. Boleh buat inspirasi utk baju raya ni 😆

    ReplyDelete
  3. Dalam bahagian saya ada 13 orang saja, tapi bila buat pot luck, memang meriah dengan makanan. Siap import kakitangan daripada bahagian lain untuk jemput makan sama. Haha.

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap belaka...
    Eh,cantik pula hijau mint..
    Yang pasti tentunya TT la paling menyerlah💐

    ReplyDelete
  5. Macam- macam menunya ha..ini sampai ke petang makan pot luck tu je kan...sedapnya...haaa..cantik mak- mak dara berbaju sedondon...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!