RESTORAN TOMYAM AINONI KEDAI TOMYAM KEGEMARAN TERKINI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

NAMPAKNYA kini, jika malas masak tapi Pak Inche kata nak makan nasi berlauk untuk makan malam, dah tak perlu memandu jauh sampai ke Stulang Laut untuk ke Restoran Senoko. Pilihan kami sekarang adalah Restoran Tomyam Ainoni di Taman Sri Pulai Perdana. Sk ada menceritakan tentang Restoran Ainoni DI SINI dan DI SINI.


Sejak tu, memang dah berkali-kali jugaklah kami makan di Restoran Ainoni ni. Setiap kali tu, mesti pesan semangkuk Sup Ekor untuk Pak Inche.


Nasi Daging Merah Sk. Nasinya datang bersama semangkuk kecil sup kosong.


Yang ni ada Iman, kerabu mangga menjadi kemestian. Kerabu mangga sampai dulu ke meja sebagai pembuka selera.


Makan Nasi Daging Merah lagi. Kalau ada Iman, kena pesan tomyam.


Sedap masakan Daging Merah di Restoran Ainoni ni.


Datang lagi.. pesan nasi putih dan lauk-pauk. Tomyam dan SUp Ekornya memang terangkat seh!


Selalu berebut makan Kerabu Mangga, Iman kata, babah selalu makan banyak, dia dapat sikit aje, haha. Mak kau lagi kesian nak, dapat tomato aje yang banyak. Jadi, pesanlah dua pinggan tapi kerabu mangganya sampai saing-saing dengan hidangan utama, maka satu pinggan dibungkus sebab tak dimakan. Tulah, tamak, kan.. haha.


Teringin pulak nak cuba Siakap Tiga Rasa. Bagi Sk, yang ni sedap biasa-biasa.


Paling tak menahan sotongnya la.. besar gedabak sebab sotong frozen tapi taklah liat.


Ni malam tadi, sebab hujan kan, makan dalam kedai, penuh nur gambarnya, haha. Punyalah banyak lauknya tapi sebab porsi untuk seorang makan, tidaklah berlebih.


Sup Ekor terrrrrrsedap ya.. sampai angkat mangkukkkkk, hahahahaha. Okey, kita kongsilah alamatnya ya.

Restoran Tomyam Ainoni

11, Jalan Pulai Perdana 11, 
Taman Sri Pulai Perdana, 
81110 Skudai, Johor

Buka setiap hari
3.30 petang hingga 12 malam


No Telefon : 011-2554 4881

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Meriahnya!
    PI sampai begitu sekali menikmati sup ekor!
    Kita pun suka sup ekor.

    ReplyDelete
  2. Sedap betul tum.sampai angkat mangkuk...pasti bahagia tukang masaknya melihat

    ReplyDelete
  3. Salam... Wah...! Nampak memang sedap, kalau dapat sup semanggkuk memang tak nampak siapa yang lalu belakang..👍👍

    ReplyDelete
  4. Sedappp sup ekornya tgk dr gambar.. kt sini supnya x mcm kedai2 kat sana.. sy prefer sup di sana sbb ada pengaruh siam.. bubuh lg cili hijau mmg aummm

    ReplyDelete
  5. Mata kita pun tertumpu pada sotong tu , nampak gemoks :)

    ReplyDelete
  6. tengok pak inche angkat mangkuk confirm sedap tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!