BERMALAM DI HOLIDAY INN MELAKA & MAKAN ASAM PEDAS TETEL HAJJAH MONA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

SEPERTI selalu, jika pulang dari utara, Melaka pasti jadi destinasi untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Jauhar. Maklumlah, rumah kami hampir terletak di tanah paling hujung Benua Asia. Jadi, kita kayuh pelan-pelan sajalah.  Kali ini Pak Inche memilih Holiday Inn Melaka.



Jika Mercure Penang Beach menjadi hotel kegemaran kami di Penang, HIM antara penginapan kegemaran Pak Inche. Tapi, masa menginap sebelum ni, rasanya pihak hotel masih memberikan kelengkapan mandian bentuk mini tapi kali ni dia bagi satu tabung terus yang tentunya tak boleh dibawa pulang dengan bekasnya. Jenama dove pulak tu tau.


Makan malam di Melaka, kami ke Asam Pedas Hajjah Mona. Rasanya dua kali kami pergi sebelum ni restoran tutup, Alhamdulillah, kali ini ia dibuka. Ambil dua set Asam Pedas Tetel, tambah sayur, telur dadar dan seketul ayam goreng. Lepas makan, kami ke Gerai Burger dan Roti John Hafiz di Klebang, tapau Roti John dan Burger untuk makan tengah malam, hihihi.


Tepek kat sini, waktu operasi Asam Pedas Hajjah Mona. Nak ambil gambar menu kat dinding tiber ada seorang pakcik makcik baru sampai terus duduk kat meja yang dekat sebelah menu tu, hihi.


Seperti dijangka, waktu sarapan memang ramai sangat tapi mujur terus dapat meja tepi dinding kaca. Kali ni, $k tak mulakan hidangan dengan menu omputeh tapi ambil Yee Mee ala Kantonis dengan popia sayur serta potongan ikan dory.


Pak Inche dan nasi lemak sukar dipisahkan.


Buatkan latte untuk Pak Inche dan Americano untuk $k.


Sedap-sedap rotinya.


Selambak buah-buahan diambil Pak Inche.


Eh, tak boleh jadik pulak kalau tak makan American Breakfast.


Dah hampir waktu check-out, kolam pun dah kosong. Seingat Sk, semasa HIM ni baru dibuka, laut tu masih luas lagi.


Dulu kalau berendam kat pool tu, macam berendam sebelah laut.


Kami minta check-out lewat. Macam biasa , singgah minum air kelapa kat Alai.


Tempat favourite minum Coconut Shake selain Klebang cuma kali ni tak minum Coconut Shake.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronoknyaaa..teringin nak dating berdua macam SK dan PI..jeles kita tau ..kita nak jugak laaaaaaa ..lambatnya September...

    ReplyDelete
  2. Merpati dua sejoli di Tanah Jauhar terbang sokmo aih..
    Merpati LD masih di Tanah Haram.
    Semoga nanti merpati Tanah Adat Perpatih juga dapat terbang sekawan🤲

    ReplyDelete
  3. tak pernah singgah Alai tu.. next la.. kak sedapnya asam pedas tetel..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!