SPAGHETTI ALLA NAPOLETANA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

AKHIR tahun lepas, Sk ada berbelanja barang dapur di Giant Plentong, cawangan pasaraya Giant yang pertama dibuka di Johor Bahru lebih dua puluh tahun lepas. Sekarang ni, banyak cawangan pasaraya Giant yang telah bertukar pengurusan dan pemilik, kan. Giant Plentong ni antara pasaraya Giant yang masih kekal di Johor selain di Tampoi.


Kemudian, kami perasan ada beberapa produk dari Jenama Meadows. Baik Sk atau Pak Inche, kami berdua tak kenal jemana ni. Kami ambil beras, tisu dan nak cuba juga Sos Pasta Napoletana dari jenama Meadows. Di label tertera sos ini dibuat di Itali.

Sos Pasta Napoletana merupakan sos pasta yang dibuat dari minyak zaitun, tomato segar, daun selasih dan pelbagai bahan segar lain. Ia bertujuan untuk menjadi hidangan yang cepat dan ringan, bukannya hidangan dalam sos yang berat. Ia juga dikenali sebagai Pomodoro yang bermaksud "tomato" dalam bahasa Itali.


Perakuan Halal dari negara Itali. Saiz botol agak besar dengan berat bersih, 670 gm. Kalau sos tradisional jenama prego dalam tin yang biasa SK beli tu cuma 300 gm saja beratnya. Jadi yang ni lebih dua kali ganda. Tapi, Sk dah lupa harganya.


Walaupun Sos Napoletana ni sepatutnya sebagai hidangan yang cepat dan ringan tapi tetaplah nak masukkan daging kisar. Kalau dah guna daging kisar tu, tentulah ianya bukan lagi hidangan yang mudah. Ialah, kalau dah guna daging kisar, tentu ianya akan mengambil masa untuk menyediakan daging kisar. Tapi, zaman sekarang ni, mana ada yang susah? Daging kisar pun dah ada jual yang siap. Sk guna daging lembu kisar jenama Ramli.

Mula nak guna separuh botol aje sos pasta tu tapi tercurah tiga suku, dah tinggal suku tu, tuang ajelah semua, hahaha. Sk tambah tomato puree saiz terpaling kecil, lebih kecil saiznya dari tin paling kecil jenama Du Chef. Tak ingat jenama apa tapi nampak selalu orang guna buat masak Ayam Masak Merah zaman kenduri rewang-rewang dulu. 


Sk tak pasti la, jika guna sos napoletana ni,  tapi masukkan pulak daging kisar, masih boleh panggil Spaghetti Alla Napoletana lagi atau tak. Macam Sos Marinara tu, kadang ada yang masukkan seafood dan ada yang makan begitu saja, kan. Tak berani nak buat keputusan, takut tak betul nanti marah pulak chef-chef yang bertauliah. Maaf ya,, cheffff! Sos Napoletana  ni, kita boleh rasa ada cebisan tomato dan bahan-bahannya tidak dikisar terlalu halus. Tekstur sos tidak terlalu pekat dan kental, ianya juicy.


Sk cuba spaghetti jenama Balducci. Tak pernah lagi beli pasta jenama ni.


Sk rebus spaghetti selama 13 minit tanpa merujuk pada label bungkusan. Biasanya spaghetti ni ambil masa tidak lebih 14 minit untuk direbus supaya tidak terlebih masak. 13 minit tu cukup untuk kita dapatkan tekstur al dente iaitu kenyal, bukan keras atau lembik. Ada yang kata, uji spaghetti tu, ambil sehelai baling ke dinding, tengok kalau melekat tu dah cukup masak tapi tak sampai hati pulak nak baling-baling rezeki, hahaha. Bukan setakat spaghetti tau, Sk biasa masak memang set, kan masa. Kadang-kadang guna timer, kadang-kadang tengok jam aje. Skema, kan.. hahaha. Oh, lepas toskan spaghetti, jangan lupa gaul dengan minyak zaitun atau margerin atau nak lagi lemak, gaul dengan mentega.


Bila dah letak daging ni, tentulah lagi sedap, kan. Rasanya kalau nak letak meat ball atau seafood pun sedap jugak. Tapi, kalau nak diet, guna sos tu ajelah, senang dan cepat. Tapi, kalau kat rumah ni, guna sos bulat-bulat keluar dari botol tu, mulalah ada yang buat muka karang, hahahaha. Sk masak guna cara sama buat Sos Bolognese yang biasa Sk masak jer. Tumis bawang putih cincang dengan minyak zaitun, masukkan daging kisar, masukkan bawang besar potong dadu, tuang sos napoletana dan setin kecil  tomato puri, masukkan kiub pati lembu, renihkan seketika. Sup sap sup sap.. siap!

Resepi Spaghetti Bolognese yang sedap DI SINI!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya nampak. tak pernah jumpa lagi brand ni

    ReplyDelete
  2. sos tu macam boleh beli.. brand spageti tu kami dah try macam tak berapa ngam tekak melayu ni kak haha.. baru nak tanya akak beli bape ringgit sos tu sekali lupa harga daa

    ReplyDelete
  3. sagat pula pamesan cheese makan panas2 makaiisssh jadi lupa diri jap orang melayu kg haha

    ReplyDelete
  4. Pasta SK pastinya selalu menggoda..
    Saya kadang termasak banyak @ kadang anak dah makan..sosnya sya pack untuk 1 portion & feozen...lain masa sambil rebus pastas kukus sos dalam plastik tu...siap bekal anak..hihihi

    ReplyDelete
  5. alamak terliur kita nengoknya..astaghfirullah, sesungguhnya aku berpuasa..haha

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba jenama Meadows.
    Kalau bubuh daging kisar dah cukup sedap tu SK. Janji kuah banjir melimpah menutup spaghetti..wallla!

    ReplyDelete
  7. Nak try cari kat sini la. Ade ke tak. Kat rumah ni pun memang selalu kene ada stok sos pasta segera. 2 kenit kat rumah ni suka pasta

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!