SELAMAT HARI JADI, CHE LI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

TANGGAL 2 Januari, 44 tahun lalu, adik ipar Sk, Che Rosli bin Abdullah dilahirkan. Asalnya dari negeri Terengganu, kini bermastautin di Johor selepas Bertemu Jodoh dengan Cik Ani.

Selamat hari lahir, Che Li. Semoga diberi keafiaatan, kebahagiaan dan kesejahteraan oleh Allah SWT kepada Che Li sekeluarga.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Sempena cuti Sabtu lepas, sambutan hari lahir Che Li diadakan lebih awal ditambah lagi Cikwa pun masih bercuti, kan. Cuma yang tak ada, anak bertuah Angah, Si Izzat yang sedang meneruskan pengajian di UniSZA, Terengganu dan Along di Melaka.

Kek pilihan kali ini perisa Hazelnut Choc dari SDS Cafe. Bagi Sk, ia antara kek SDS yang sedap dan ianya juga merupakan 'Best Seller' di SDS Cafe.


Menu utamanya adalah Nasi Daging Utara serta menu sampingannya Ikan Bakar dan Udang Masak Mentega.


Ikan Bakar.. ada siakap dan talapia. Sedap cicah ngan air asam.


Acar Jelatah atau Pencuk Nenas Timun.


Sup Daging.


Daging ni lauk nasi beriani dari majlis makan-makan kat pejabat Che Li.


Air Asam Cik Ani.


Udang Masak Mentega. 


$k makan tiga ekor udang, dap dap!


Keluarga Cik Ani dan keluarga Angah.


Keluarga Cik Ani dan keluarga $k.





Empat beradik yang ada.. lagi sorang kat Melaka.



Dengan Ratu Hati.


Mak mertua Che Li yang suka berleter, hehehehe.

Baca sambutan Hari Lahir Che Li tahun lepas DI SINI.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. selamat hari jadi che li. meriah beno kan lauk dia

    ReplyDelete
  2. happy birthday che li.. bestnya nasi daging dengan udang tu kak.. terasa2 kat tekak

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Che Li...
    Semoga diberkati dan dirahmati..
    Kek tu atas meja kaca nampak macam kek terapung..hihihi

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir..best plak tengok makanan tu ha...ada ikan bakar, udang butter...yummy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!