Assalamualaikum WBT
PERCUTIAN ke Kota Bharu kali ini, Pak Inche memilih Hotel Perdana Kota Bharu. Sebelum ini, kami pernah menginap di Renaissance Hotel (kini telah bertukar pengurusan dan nama), juga beberapa kali kami pernah menginap di Grand Riverview Hotel KB.
Bilik agak besar, eh.. memang besarlah. Tapi sayangnya, bilik air agak sempit sampai rasa nak terpeleot badan setiap kali menggunakan bilik air. Nak kena elak bath tub, tandas dan tong sampah, hahaha.
Seperti kebanyakan hotel, penginapan termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Dan, hanya dengan RM42 seorang, anda boleh bersarapan seperti raja. Terkejut Sk melihat barisan juadah yang disajikan di pagi pertama bersarapan dan tentunya ada makanan Pantai Timur yang menjadi kegemaran Sk. Jika selalu , Sk akan memulakan sarapan dengan hidangan barat kali ini Sk memilih hidangan tempatan dahulu iaitu Nasi Kerabu.
Nasi kerabu lengkap dengan pelbagai ulaman, sambal kelapa, budu dan sambal lada, lauk yang disediakan Ayam Bakar dengan kuah percik sert Ikan Celup Tepung. Iman pulak makan Laksam, makanan kegemaran dia la ni.
Makanan favourite Pak Inche iaitu Nasi Lemak, tak ada pulak. Pak Inche makan American Breakfast kemudian makan Roti Canai Kuah Kari.
Puding Roti Sos Vanilla.
Ada Kuey Teow Goreng.
Ada Putu Halba.
Putu halba ni macam Putu Piring juga tetapi lebih tebal.
Makan Kuey Teow Goreng kongsi dengan Pak Inche.
Lepas tu bantai makan Nasi Dagang Gulai Tongkol pulak. Lepas sarapan, kami ke Pengkalan Kubor.
Lepas pusing-pusing, singgah minum dulu!
Balik bilik, nampak ada limau dua biji dalam piring diletak atas kaunter kopi. Bilik juga telah siap dikemas rapi, tuala pun dah berganti.
Hari kedua sarapan, Pak Inche makan Roti Canai Kuah Kari lagi. Hotel tak sediakan nasi lemak. Nasi Kerabu dan Nasi Dagang sahaja yang ada.
Ada juadah dari negeri Johor, lontong dan Mee Celup (Kelantan).
Lepas makan lontong, Sk ambil American Breakfast.
Pak Inche ambil Mee Celup (bihun).
Iman ambilkan Sk, Mee Goreng dan Putu Halba.
Ada kuih akok.
Puding Roti Sos Vanila. Sebelah Seri Muka tu Sk tak pasti nama kuihnya. Bahagian bawah tu, pulut dan beras merah (mungkin) dan bahagian kepalanya berperisa nangka. Kuihnya sedap, rugi kalau tak makan tau.
Pelbagai jenis pastri. Banyak sungguh menu sarapannya tapi kenalah rajij berjalan mencari sebab dia buka banyak bahagian. Jusnya pun pelbagai jenis, juga mesin kopi dan teh tarik yang ditarik terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Memang terbaik sarapan di Hotel Perdana Kota Bharu ni ya.
Burppp.. Alhamdulillah.
Mesti sedap nasi kerabu dan nasi dagang tu ye SK... authentic la agaknya rasa dia...
ReplyDeletePH pun aim nak stay di Hotel Perdana kalau ada rezeki ke KB. Kata org biliknya besar dan selesa
ini mmg betul2 king ni...bestnya nasi kerabu
ReplyDeletePernah sekali menginap kat HP dulu walau plan asal nk nginap chalet ja.Puncanya chalet ada lipan..hahaha
ReplyDeleteSK tak cuba ka putu halba tu..
buat dari ubi kayu parut tu
Makan.. ooo.. patutlah rasa dia ada liat2 sikit.
Delete