TERKENANG ZAMAN KANAK-KANAK DI MAJLIS PERKAHWINAN AMIRUL & NASUHA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, Sk menghadiri Jemputan Perkahwinan Amirul & Nasuha, anaknda sepupu Sk, Abang Asnan dan isterinya Kak Ani di DCM Hall, Taman Universiti. Dari rumah, $k berseorangan sahaja kerana Pak Inche bertugas dan Iman pula ada pertandingan bola jaring fakulti. $k berjanji dengan Angah dan Cik Ani untuk menunggu di luar dewan. $k sampai dulu, hampir doploh minit jugaklah menunggu. Mujur zaman sekarang dah ada smartphone jadik tidaklah terasa lama. Gedebak-gedebuk, Cik Ani pun sampai dan kami menunggu pula ketibaan rombongan dari Senai.


Ibu pakai serba hijau.


Tuan Tanah Kedaung pakai baju hijau tudung oren. Ni baju yang sama pakai masa Konvokesyen KYPJ tahun lepas dan pakai pergi jemputan anak Abang Abid dan Kak Julie, heheh. Nampaknya, kalau ada jemputan lagi, kenalah beli baju baru.. huhuhu.


Sk dan Angah.


Sk, Cik Ani dan Angah. 


Meja buffet tidaklah besar tapi menunya agak banyak. Ada menu nasi beriani dan nasi putih, Sk tentulah pilih nasi beriani. Lauknya Dalca, Daging Beriani, Ayam Masak Merah dan Acar Jelatah. SK tak pasti lauk yang disediakan untuk nasi putih, adakah lauk yang sama.


Tapi, macam manalah boleh tak perasan, ada Lontong Kering. Ini pinggan Angah.

        

Abang Jamal makan Mee Rebus.


Cik Ani makan Soto.


Lepas makan Mee Rebus, Abang Jamal makan Nasi Beriani. 


Penuh tangan bapak pengantin, hihihi. Abang Asnan ni anak abang ibu, Arwah Pakcik Nasir (Anas) dan Arwah Makcik Milah. Bila Sk ingatkan semula zaman kanak-kanak, tak hairanlah begitu banyak menu disediakan untuk tetamu kerana dulu-dulu, arwah Makcik Milah sering mengadakan majlis makan-makan di rumahnya yang tentunya begitu meriah dengan pelbagai makanan. Arwah Makcik Milah meninggal dunia masa Sk masih budak-budak.


Kak Ros, kakak bapak pengantin. Kak Ros dah beritahu awal-awal, bulan Mac nanti, majlis di rumahnya pulak, jangan tidak datang.




Eton, Sani dan Zul.. ni semua teman sepermainan zaman kanak-kanak Sk. Makcik Milah dulu selalu buat majlis hari lahir anak-anaknya. Bayangkan kalau 9 anak, mestilah selalu ada makan-makan, kan. Jadi, kami ni rapat jugaklah sebab selalu berjumpa. 

        
      

Jauh dah kami tinggalkan masa lalu.


Datang saing-saing dengan Kak Sykin sekeluarga. Kak Sykin, isteri sepupu Sk, Abang Zainol, anak Arwah Mak Usu dan Arwah Pak Usu. Yang tudung merah jambu tu, ibu Kak Sykin. 


DCM Hall ni terletak di sebelah Poslaju Taman Universiti. Lot kedai dua tingkat ini dijadikan dewan perkahwinan milik Encik Derus. DCM tu maknanya Derus Center Management.


Ulang-ulang budak Zulaikha ni beratur ambil ais krim.


Satu makan, satu lagi menunggu giliran.


Makan aiskrim lagi dak Zulaikhanya.


Satu lagi gambar Zulaikha sedang makan aiskrim ya, acik!



Doa Untuk Pengantin 

Amirul & Nasuha

Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Meriah...selamat pengantin baru...semoga kekal bahagia till jannah

    ReplyDelete
  2. Betul la Sk. Sekarang ni pun abang², kakak² sepupu kite berbaris nak menerima menantu. Anak buah kite pun nak kawin dah bulan depan. Mungkin tahun depan dah jadi nenek muda la kite nihh. Hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!