AYAM MASAK SEMUR, SAMBAL TAUKUA & SUP CEKER

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

CERITA Sabtu lepas, tak keluar ke mana-mana, duduklah dua laki-bini kat rumah, yang seorang melayan filem tamil, yang seorang melayan drama Korea. Oh, sekarang ni SK sedang mengikuti series Behind Every Star lakonan ahjussi Lee Seo-jin. Hurmm.. nampak tua dah LSJ, lesung pipit pun macam tak berapa nak timbul sebab dah mok sikit, hahaha.

Tanya, Pak Inche, nak makan apa?  Mula dia kata nak makan Ayam Sambal dengan Ayam Goyeng. Bagus jugak, sebab sambal nasi lemak ada semangkuk lagi, kan. Nanti tinggal panaskan dan campak jer ayam yang telah digoreng tiga suku masak dan renihkan sekejap. Lepas tu sekejap lagi dia bertukar fikiran, nak makan Ayam Masak Kicap pulak. Sk fikir, tak apalah, Iman tak ada, okay la kot masak kicap, tup-tup, baliklah pulak Imannya, muncung dia dengar Ayam Masak Kicap. 

Nak masak, baru perasan bawang merah ke, bawang besar ke, sebiji pun tak ada. Macam tak best aje kalau masak kicap tak ada bawang besar potong bulat dalam tu. Pergi kedai tiga beranak konon nak beli bawang, tapi... sila sambung sendiri. Sk masak Ayam Kicap Ala Masak Semur. Sedaplah kan masak semur ni, tapi Iman tetap tak nak, sukatilahhhh.

Ayam Masak Semur

Bahan-bahan :

Beberapa ketul ayam, perap garam kunyit dan goreng hingga masak

1 kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

4 kuntum bunga cengkih

1/2 cawan kicap manis

1/2 cawan air

1 biji bawang besar potong bulat

5 - 6 biji cili padi di ketuk

2 sudu lada hitam ditumbuk kasar

Cara-caranya :

1. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam.

2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih, tumis sebentar.

3. Masukkan kicap dan ayam, gaul mesra, tambahkan air.

4. Masukkan bawang besar, cili padi dan lada hitam, kacau mesra dan renihkan sebentar.

5. Siap!

Nampak tauhu kat kedai, terus terbayang Sambal Taukua. Jadi, siapa yang tak nak makan Ayam Masak Semur tu, makanlah Sambal Taukua ni. Sambalnya tu baki sambal nasi lemak tu la. Goreng Tauhu kemudian panaskan sambal, campak tauhu yang dah digoreng tu, senang keroje.

Dah terlanjur pergi kedai, kan.. belilah sayur baby kailan dua bungkus. Sebungkus masak, sebungkus simpan. Ni masak goreng sos tiram.


Dari plan asal cuma nak Ayam Masak Kicap tetiba terjadi tiga lauk.


Masa keluarkan ayam dari freezer, nampak kaki ayam yang dikumpul-kumpul. Konon nak masak nasi ayam dan masukkan dalam sup, tapi, sampai ke sudahhhhh.. yassalammmm. Sup Ceker masak dalam periuk noxxa sebab nak bagi dia lembut dan cair di mulut. Orang kata, makan kaki ayam bagus sebab banyak kolagen tapi jangan tak tahu, ia banyak kolesterol juga, aduh!


Gedebak gedebuk.. tetiba lima jenis lauk terhidang atas meja. Baik punya mambang ni, hahahahahah!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dsripada tak tau nak masak apa...hah amekaww..penuh meja

    ReplyDelete
  2. tudia..dipilih dipilih. mau yg item, yg merah, yg coklat apa yg putih...

    ReplyDelete
  3. ceker tu terliurnya kalau saya masak ratah sorang2 tak berebut boleh makan banyak yg lain kononnya geli tgk kaki ayam huhu

    ReplyDelete
  4. Aduhh..semuanya feveret. Agaknye ape la yg tak feveret kite ni ehh. Hahaha. Iman tu sama macam abah ahnaff, tak suka masak kicap. Padahal anak² dia suka gila ngan masak kicap.

    ReplyDelete
  5. Ha... ni barulah ayam semur! Ada segala rempah, ditambah dengan lada hitam tumbuk kasar! Sebiji resipi Bonda Kak Amie.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!