Assalamualaikum WBT
LEPAS ambil suntikan Booster Dose Kedua, kelmarin, keluar lunch dengan my bff. Iman kata, lama kita tak makan sama-sama. Ialah, Khamis baru balik rumah, Jumaat nak selesaikan urusan kain baju dan kemas rumah, malam dah balik semula ke kolej. Iman ajak makan di Black Canyon, Aeon Bukit Indah, tapi macam jauh pulak nak pusing ke sana dan patah balik ke kolej. Sk ajak ke Secret Recipe cawangan Aeon Taman U saja. Dekat sikit nak hantar balik.
Setelah membelek-belek buku menu dari depan ke belakang, belakang ke depan, akhirnya buat keputusan untuk ambil SR Lunch Set. Iman kata, nak kek boleh, pra-birthday. Hari tu nampak tak silap SR (Blogger Syazni Rahim) makan kek biru tu tapi kat SR sini tak ada pulak keknya. Iman pilih Red Velvet tapi tak termasuk dalam promosi, jadi Sk pilih Creme Brulee.
Grilled Black Pepper Chicken untuk Sk. Tengahari tak dapat nasi mahu mereng kepala otak ni sampai petang, hahaha. Iman ambil Secret Recipe Fried Rice with Satay.
Sedap dan rasa berbaloi sangat tengok rupa hidangan yang dipersembahkan kepada kami. Nampak kesungguhan staf SR cawangan Aeon Taman U ni bekerja. Pernah ya Sk makan di cawangan tempat lain (bukan dalam negeri Johor), dia buat kerja cincai aje.
Hampir seratus biji rasanya kek yang baru sampai dan hampir sebahagiannya pula perisa Chocolate Indulgence, kek yang terlaris di Secret Recipe. Jenuh tengok mereka susun nak muatkan dalam chiller tu, rasa nak tolong susun sekali, pakkal jer belum gaji, hahahaha.
memang berbaloi SK. tapi nak cerita jugalah. 1st order set grill chicken tu sedapnya. pastu selang berapa minggu tu kitorg makan lagi, mak aih macam hangit pula nasinya. sedih.
ReplyDeleteKek cheese yang Syazni share tu pun xde kat SR sini...bestnya menu yang dipilih....
ReplyDeleteLama jugak x mkn kek biru tu... sy sekali je pernah rasa kek tu
ReplyDeletekalau yg jenis kerja cincai tu ramai sgt la dkt sini bukan SR je mana2 pun ada,kadang nak marah tapi kena sabar haha
ReplyDeleteOih? Ada sate? Baru tahu ni...!
ReplyDeletePernah makan nasi goreng ada sate tu, memang sedap! Semua la, sedap, kat Secret Recipe. :)
ReplyDeletewah berbaloi-baloi dengan rega dia...dah lama sangat tak makan SR, nanti boleh try lerr
ReplyDeleteammi kalau weekdays memang tak makan nasi (baru-baru ni jelah sbb buat IF)...dulu henyak je makan nasi sampai badan jd cam tong.
ReplyDeletemujur juga tak mereng ahaksss