Assalamualaikum WBT
MINGGU ini Iman ada sertai acara sukan anjuran salah satu fakulti di universiti. Minggu lepas, pasukan Iman muncul Johan Pertandingan Bola Jaring antara kelas dalam Fakulti Sains dan Sumber Manusia, kali ini Iman dan kawan-kawan ambil bahagian dalam permainan tradisional kanak-kanak iaitu pertandingan 'Baling Selipar'. Ada lagi ke kanak-kanak sekarang main baling selipar? Sejujurnya, Sk sendiri dulu pun tak main 'Baling Selipar' ni. Ko nak mampus kena getah paip, beranilah!! 🤣
Jadinya, Sk ambil Iman hari Khamis selepas balik dari Senai. Biasanya ambil dia sebelum ke Senai, kan.. tapi, Iman ada latihan. Baling selipar pun nak berlatih ke?? 😆 Oh, tapi tak jadi berlatih sebab petang tu hujan. Kalau budak-budak dulu, dia peduli apa kan, hujan ke, badai ke.. Iman balik untuk cuci baju dan balik semula ke kolej, semalam sebelum tengahari. Nak bawa kawan jalan-jalan tengok matahari terbenam, katanya.
Maksudnye ada 4 biji telur je la dalam gambar tu kan.. salah tekaan kite. 🤣
ReplyDeleteHahahah.. ada sorang yang tela betul.
DeleteSabo ajelah chef belajar buat telur lenggang ye hihihiii...
ReplyDeletePatutnya hari ni Pak Zain buat nasi lemak...tiber taka jadi dia buat cekodok
ReplyDelete