PENGAT @ SERAWA PISANG TANDUK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

HARI tu, ibu tanya, nak tak pisang tanduk dah masak? Laju-laju Sk angguk kepala. Dah lama rasanya tak dapat pisang tanduk masak dari ibu sejak Angah menghadkan aktiviti mengerepek kerana kenaikan harga minyak dan juga pisang muda. Kalau dapat pisang masak, Sk suka sangat masak pengat. Tapi Pak Inche panggil serawa. Ada tak agaknya yang panggil pengat atau serawa ni sebagai 'bubur pisang'? Atau mungkin 'lemak pisang'? Jika ada, adakah ia salah? Dah memang itu sebutan di negeri masing-masing. Tak perlu nak 'claim' oh, ini masakan dari negeri aku, jadi kau mesti sebut ikut istilah negeri aku. Orang macam ni, bagi Sk toksik! Depan kita baik, belakang macam ta**.. 


Nah.. siap sudah Pengat Pisang seperiuk. Pisang tu potong besar-besar sebab dah terlalu masak dan sedikit lembik, hehe. Serawa Pisang ni,  ada yang suka makan begitu saja. Ada yang makan dengan pulut, ada yang makan dengan biskut, ikutlah cara masing-masing. Makan tak ada undang-undang kecuali jangan makan suap benda haram. Sama jugak dengan masak, orang nak letak bawang ke.. lengkuas ke.. halia ke.. serbuk cili ke.. serbuk kunyit ke.. itu suka hati dia sebab dia yang makan bukan nak hidang kat kau!

Puas?!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau kite suka makan dengan biskut. Lemak² rangup gitu. Sedapnyeee.
    Jangan sedih bonda. Abaikan je manusia toksik tersebut.

    ReplyDelete
  2. Sedap ni makan waktu petang.
    Lama tak makan yang manis-manis, baru petang tadi makan bubur kacang campur durian.

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat-sangat sangat-sangat ni SK...tapi itulah kat rumah ni takde geng makan pengat. Cik Leha la gengnya haha

    ReplyDelete
  4. await bonda geram semacam je ni hehehe
    jom PH kita berkelah pengat pisang SK bawah pokok saya pun tak ada geng nak lawan makan

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tapi sayangnya SA x makan pengat..ntha apesal ntah x suka

    ReplyDelete
  6. Kita panggil pengat pisang je.. hehe

    ReplyDelete
  7. wahhhh tak hilang lagi marahnya dari haritu. tapi tulah kadang-kadang org ni... dia rasa cara dia masak aje yg betul cara org lain salah. raikan jelah perbezaan itu takdelah nanti ko pegi tempat A ko rasa sama je dgn tempat B, C dan D. kan ke boring lidah & tekak gitu.

    apa pun...ammi tak suka pengat & serawa pisang. kalau durian i onzzz

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!