KETAM SAMBAL & BEKAL HARI INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

SEDAR tak sedar, stok barang basah kat dalam esbox dah habis. Nilah akibatnya bila ada mambang rajin kat rumah, hampir setiap hari memasak ya. Hujung minggu barulah makan kat luar. Kalau ada hari yang rasa penat nak masak, kita suruhlah Pak Inche tapau makanan dari pasar malam.


Semalam, Pak Inche ke Pasar Tani, jadi, kita siapkanlah bekas-bekas ni semua. Kalau tak diletak depan hidung mata, nanti dia kata tak nampak. Menangislah nanti, balik kerja nampak tupperware kasayangan kau ada kat bahagian frozen, hahaha. Pak Inche kata, beli sotong 8 ekor, ayam 2 ekor dan ketam 3 ekor. Ketam tu dia mintak masakkan sambal untuk makan malam.


Sk suruh Pak Inche perap siap-siap ketamnya dengan garam dan kunyit. Balik kerja, terus goreng ketamnya dan masak sambal. Cili giling, bawang giling, siap dah, tinggal tumis aje. Kena masak awal, jadi taklah melocot jari dengan bibir makan ketam panas-panas, hahahaha. Whatsapp Iman, tanya, nak balik tak makan ketam? Dia tak nak, nak study, esok (hari ini) ada test. Pak Inche pulak, sibuk nak hantarkan. Tak payahlah, Iman kalau dia dah kata tak nak tu, kita tak yah fikir-fikirkan. Dalam pada teringat anak tak makan sama-sama, wassalam pulak ketamnya, hahahaha.


Ketam habis, sambalnya ada lagi, sayanglah pulak. Bukan tak penat, kan.. gunting lada, kupas bawang, menggiling mengisar.., nasi pun ada sikit lagi, jadi, berbekallah Sk hari ni. Celik biji mata, terus panaskan nasi, sambil tu, letak pengukus atasnya, letak bekas yang ada sambal ketam tu, pecahkan telur dalam sambal. Siaplah, sambal telur ceplok dengan nasi putih, bekal hari ni. Roti bawa, nasi pun bawa. Tu takpa.. sebenarnya, Sk ada tempah nasi kerabu dengan pelajar yang buat jualan hari ni, dasar!


Roti makan dalam kereta bersulam kopi. Tak ada roti whole meal, ada roti putih Pak Inche, balun sajalah. Sapu dengan jem bluberry no sugar kononnya. Sejak dah makan roti whole meal, roti putih ni rasa macam tak sedap di tekak Sk. Dah macam makan kek bantat pun ada, hahaha. Padahal dulu-dulu, roti ni, enak dimakan begitu saja, kannnn.. kui kui. Petang ni, kena jugak singgah kedai beli roti whole meal.. huhuhu.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhai..banyak kali nak abeli ketam..tapi ketamnya kocik bonar...tunggu la musim ketam nanti...

    ReplyDelete
  2. Lawo bekas bekal tu...
    Nak cari bekas bekal lawo jugak lah...untuk semangat bawa bekal...
    Saya nampak bekas putih tu bersusun ingatkan masak bekal frozen..🤭

    ReplyDelete
  3. Wak pun selalu buat
    kalau kuah masak lemak ketam yang lebih2 tu, panaskan letak telur ceplok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!