APPLE STRUDEL, PEACH STRUDEL & RATATOUILLE STRUDEL KAK BED

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum WBT 

MERAH punch card pagi ni. Bukan lambat seminit dua tapi banyak minit, haha. Bukan tak sengaja tapi terpaksa sengaja. Puncanya terlupa pesanan Pak Inche nak bawa bekal kari ayam dengan roti. Kari ayam tu, Pak Inche beli hari tu, tak dimakan, jadi dia minta panaskan pagi ni. Dah siap nak pergi kerja, baru Sk teringat. Tak sampai hati pulak, jadi sementara panaskan enjin kereta, Sk panaskan sekejap dalam pengukus rice cooker. Sup sap sup sap, siapppp! Tapi, dah keluar lambat, kan.. hadaplah jammed. Tapi, lagi terkilan kot kalau tak buat bekal Pak Inche, jadi kita leha-leha aje di jalanraya.


Lama giler gambar Strudel ni tersadai dalam folder. Strudel pemberian YB Rotikeju Homemade Zabedah Jambeli. Kak Bed minta anaknya Chef Aboi hantarkan ke rumah Sk. Chef Aboi ni dulu pelajar kursus Penyediaan Makanan di kolej Sk kemudian menyambung program diploma di Universiti Tun Abdul Razak dan sekarang dah bergelar chef.


Apakah Strudel?

Strudel (/ˈstruːdəl/, bahasa Jerman: [ˈʃtʁuːdəl]) adalah sebuah jenis pastri berlapis yang biasanya diisi dengan manisan. Hidangan tersebut menjadi populer pada abad ke-18 melalui Kekaisaran Habsburg. Strudel sering kali tak hanya dikaitkan dengan masakan Austria namun juga kadang-kadang dianggap sebagai pastri tradisional di seluruh wilayah bekas Kekaisaran Austria-Hongaria. Sumber


Apple Strudel.. tersangat sedap. Ni bukan guna puff pastry tapi filo pastry. Yang guna puff pastri tu macam cara ekspress dan menjadi kontroversi jugak di kalangan para chef pastri.

Filo atau phyllo (Yunani: φύλλο "daun") adalah adunan tak beragi yang sangat nipis yang digunakan untuk membuat pastri seperti baklava dan börek di Timur Tengah dan masakan Balkan. Pastri berasaskan filo dibuat dengan membuat banyak kepingan filo disepuh dengan minyak atau mentega kemudian dibakar. Sumber




Peach Strudel dan Apple Strudel.



Ratatouille Strudel. Kalau definisi asalnya, strudel ni mempunyai inti yang manis, yang ini versi savoury. Bagi Sk, kedua-duanya pun sedap sangat.


Selain strudel, Kak Bed bagi Tauhu Bakar. Ya Allah, baiknya Kak Bed. Semoga Allah swt limpahkan lagi rezeki dan diberi keafiaatan kepada Kak Bed sekeluarga.


Syukur Alhamdulillah, terima kasih, Kak Bed bagi kami bukan sekadar raso-raso tapi kekenyangan, burpppp!
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uiiii...ni bukan raso2 ni...ni memang menghayati ni...dapnya...dah la strudel fav kita

    ReplyDelete
  2. Ni barulah strudel...yg sesuai tekak old school macam saya hihihi
    Sebelum ni dok bertekak dgn anak kata steudel yang gulung2 tu depa kata saya ketinggalan..hihihii

    ReplyDelete
  3. sedapnya...2 versi, manis & pedas....

    ReplyDelete
  4. puff pastry tu tak puas makan nipis dooh..filo pastry ni nmpk lapisan2nya tu puas hati

    ReplyDelete
  5. Kiranya berbaloilah dengan kemerahan punch kad hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!