BUNYI KERETA & HARGA SERVISNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

BOSAN & PENAT.. 

Jadi penat bila bosan.. gitulah. Lebih baik penat banyak kerja dari penat tak ada kerja, sekurang-kurangnya rasa berbaloi bila kerja siap. Ni terasa macam digantung tak bertali. Oiii.. orang di sana.. cepatlahhhh! 😂


Nampak member kongsi gambar ni di facebook. Takkan nak rasa kelakar sorang-sorang, Sk hantar gambar kat grup wasap. Cik Ani kata, terus teringat satu cerita pasal kereta bunyi jugak yang Sk pernah kongsi dalam grup sebelum ini. Tu ambil kat grup FB ORANG JASIN. Tak tahulah bila masa pulak Sk termasuk dalam grup FB Orang Jasin tu, hahaha. 

Kisahnya begini...

Pernah sekali tu masa zaman henfon tak maju lagi, aku call sorang pomen kereta bagitau enjin kereta aku berbunyi pelik sebelum ia mati dengan sendiri.

Pomen tu tanya, "bunyi macam mana bang?"

Aku tanya balik "nak kena buat bunyi tu pakai mulut ke?"

"Ya bang"

Aduh pomen ni. Nak suruh aku tiru pulak bunyi tu pakai mulut. Dia ingat aku Mazlan Pet Pet ke boleh buat bunyi pelik-pelik ni.

"Bunyi dia macam kelekak kelekak" jawab aku.

"Kelekak kelekak?"

"Ya, kelekak kelekak"

"Bukan ketek ketek ketek?"

"Bukan, ketek ketek tu bateri kong. Ni bateri ok lagi. Baru pakai 5 bulan"

"Kelekak kelekak ni saya tak pernah dengar bang. Cuba abang ingat balik, bunyi tu kelekak ke kelekuk?"

"Hmmm.. boleh jadi kelekuk la kot. Atau macam kelekoik kelekoik pun macam ya juga.  "

"Bunyi timing belt tu bang"

"Bunyi belt bukan nyit nyit nyit nyit ka?"

"Bukan, kalau nyit nyit tu tensioner"

"Ye la, saya memang tension dah sekarang ni. Duk main lawan bunyi mulut pulak dah. Awak boleh datang tak cek kereta saya ni?"

"Bang jap lagi saya call balik. Tengah bising kat sini. Tak dengar apa"

Kami menamatkan perbualan telefon. Ishh dah tau bising lagi suruh aku buat bunyi mulut tu.

Lepas 20 minit, pomen tu SMS aku.

"Bang, bunyi tu tadi macam mana?"

Haramdadih betui. Aku ingat dah setel. Dia ajak mengeja bunyi tu kat SMS pulak.

😜😜😜


Nampaknya fb masih relevan untuk berkongsi kisah lawak 😆.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haha.. sy ada terbaca ni jugak kt fb.. mmg kelakar gelak sorg baca 😂

    ReplyDelete
  2. Saya tengah meeting ni..
    Mengantuk nak meninggal ni..
    Saya baca post ni...adoi...keras perut saya sorang2 menahan gelak..
    hilang mengantuk..
    sumpah!🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Haha...pakat lawan bunyi pulak ye 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. ada betul juga. Kalau saya cakap kat suami saya, kereta ada bunyi, dia tanya bunyinya macamana? sebab tiap masalah kat kereta tu kalau ada masalah, lain-lain bunyinya.

    ReplyDelete
  5. Hahahaa..hadoiiii, ape ni bondaaaa. Tergelak² kite sambil susukan sofea. Terpaksa gelak bawah bantal 🤣🤣

    ReplyDelete
  6. eh akak dah #intothescene ke hehehe..
    adoiii hilang mengantuk kak....tapi tak puas tak boleh ketawa berdekah kena senyum simpul je boss ada dalam bilik..

    ReplyDelete
  7. Wakakakakakakaka.......adoii..ada terbaca ari tu...penat gelak...

    ReplyDelete
  8. hihihi...cover gelak depan pc...pomen tu serius, cuma kita yg tak biasa...hehe..

    ReplyDelete
  9. hahaha...saya bab kereta memang zero terus. bunyi nak meletop pun boleh lanyak lagi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!