Assalamualaikum WBT
MALAS nak mengelak apabila Pak Inche minta lauk Ayam Sambal dan Ayam Goreng hari Jumaat lepas. Padahal, hari tu kan hari Sk meronggeng dengan Iman ke Ikea, hahaha. Jadi, sebelum keluar tu, Sk dah rendam ayamnya, balik dari Ikea terus perap ayam dengan garam dan kunyit, lumur minyak masak sikit, masukkan dalam air fryer.
Cili giling, bawang giling pun dah ada, maka senanglah kerojenyer. Sebenarnya bukan giling tapi kisar, cuma dah biasa sebut giling, kan. Orang lama la katakan, guna bahasa pun dolu-dolu. Jadi, teruslah menumis sambalnya sebelum diterjunkan ayam dari air fryer. Ayam goyengnya, kita biar garing sikit supaya rasa macam baru keluar kuali, hihihi.
Macam tulah kita, walaupun malas, tapi terpaksa rajin.
Hurmmm.. apa khabar agaknya kakak kita di Tanah Haram tu ya? Sudah pulangkah ke Negeri Di Bawah Bayu???
SA ni ntah bila nak rajin...asyik beli je ha...tapi bila sekali rajin tu datang....selambak masak...yang makan 3 orang je...pas tu panggil adik2 dtg umah amik lauk...hahahaha...ye la..mana kakak kita tu..dah pulang ke dia...
ReplyDeleteBab sambal..kari..masak kicap..asam pedas...takleh nak celen SK..Pastinya sedap menjilat jari walaupun belum pernah rasa..tapi dah gerak hati ja dah boleh rasaðŸ¤
ReplyDeletesedapnya...sambalnya menggoda..
ReplyDelete