MAKAN DI RAJA UDANG CELUP TEPUNG PANTAI PENARIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

RUPA-RUPANYA cuaca hujan dari Pantai Timur membawa sampai ke Johor. Sepanjang perjalanan ke Tanah Serendah Sekebun Bunga, bagaikan direstui dengan cuaca yang cerah sehinggalah ketika kami sampai ke bandar Kota Bharu, kelihatan bumi basah baru disimbah hujan. Malam tu, tiga beranak redha sahaja disiram hujan di Wakaf Che Yeh. Gerimis turut mengundang di Pengkalan Kubor keesokan paginya, namun cuaca agak panas ketika kami makan tengahari di Yati Ayam Percik. Balik sahaja ke hotel, hujan mulai turun lagi sehingga ke malam. Mujur hujan berhenti ketika kami keluar makan malam di medan selera depan stadium. Dan sepanjang perjalanan pulang ke Tanah Jauhar, begitulah, kadang gerimis, kadang hujan turun lebat berganti-ganti.

Kami menggunakan aplikasi waze menuju ke tempat yang dijanjikan untuk mengambil Izzat. Waze membawa kami mengikut laluan pantai sehingga ke Pantai Penarik, Setiu. Haaa.. Setiu ni kampung Che Li, adik ipar Sk. Ombak laut kelihatan membadai pantai. Air laut berwarna biru kekelabuan berlapis-lapis tanda langit akan menangis lagi. Pantai Penarik agak popular dengan masakan celup tepungnya. Jom kita singgah, kata Pak Inche, beberapa meter sebelum sampai depan Restoran Raja Udang Celup Tepung ni. 

        

Sebaik turun kereta, terus suruh Iman pergi duduk di pondok kecil atap rumbia tepi pantai sementara Sk dan Pak Inche membuat pesanan makanan. Biasanya, restoran konsep macam ni, menggunakan sistem layan diri, kan. Kaunter makanan dan minuman berasingan, jadi selepas memesan makanan, kami terus memesan ABC dan Cendol. Adik yang jaga kaunter minuman beritahu, mereka akan hantar ke meja manakala pesanan celup tepung perlu diambil sendiri di hujung kaunter celup tepung.

        

Duduk- duduk di pondok sambil layan angin. Kuat sungguh tiupannya sampai rasa nak melayang. Punyalah kuat ombak dan angin sehingga terasa percikan air laut. Eh.. eh.. biar benar air laut terpercik sampai ke pondok yang kami duduk? Rupa-rupanya.. hujan turun  daaaaa...

Memasing yang duduk di beberapa pondok terus lari bawa makanan masing-masing ke dalam restoran terbuka yang berbumbung. Alaaa.. baru nak feeling-feeling makan ABC tepi pantai, hahaha. 


Sk lupa nak ambil gambar kaunter celup tepung tu. Ada ikan kembung celup tepung, ikan selayang celup tepung dan udang celup tepung dah siap goreng dan diletakkan dalam dulang besar. Memasing ada tanda harga, Sk lupa harga seekor ikan kembung tapi ikan selayang percuma seekor untuk satu pesanan.


Sotong, RM25 seekor dan akan digoreng apabila dipesan sahaja. Tak nampaklah pulak sotongnya besar mana tapi selambak oi dalam pinggan tu.


Udang saiz ibu jari, RM10/ 9 ekor. Ikan selayang tu, nak ambil boleh, tak ambil pun boleh. Tak tahu la, kalau nak dua ekor, kena bayar berapa untuk ikan yang ke dua. Udang dan ikan ni dah digoreng siap tapi nanti dia akan panaskan semula bila kita dah pilih. Duduklah dulu sambil jengah-jengah hujung kaunter tu, pesanan kita dah siap ke belum. Kalau dah, terus ambil bawa ke meja sendiri, jangan ambil orang lain punya pulak. Udang tu, boleh kunyah dengan kulit-kulitnya sekali. Eh, kepala dia pun boleh dikunyah begitu sahaja.


Sedap laaa uiii makan celup tepung tepi Pantai Penarik ni. Tapi, terlupa nak ambil keropok lekor la pulak. Oh, mujurlah masa kami sampai tu orang tak ramai lagi. Kalau dah ramai dan banyak pinggan kat hujung kaunter tu, mahu keliru jugak yang mana kita punya, kan sebab dia tak bagi nombor ke apa. Tapi, ada note la kat situ, list pesanan kita dan harganya, tu nanti dah habis makan bawa note ke kaunter untuk bayar. Bagus restoran ni, di saat kebanyakan restoran lain meletakkan syarat bayar dulu sebelum makan, ia mempercayai pelanggan akan bayar selepas makan. 

Restoran Raja Udang Celup Tepung

Pantai Penarik, 
Setiu, Terengganu

Buka setiap hari
9 pagi hingga 7 malam.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Makanan di raja tu... Ampun tuanku....

    ReplyDelete
  2. wak penah try udang goreng tepung kat Kuala Trengganu ., dorg kata leh je kunyah dgn kulit yg keras tu apalgi dgn kepala udang dan sesungut gituu., tp wak x mampu., huhu

    ReplyDelete
  3. lepak tepi laut...angin sepoi sepoi bahasa, makanan celop tepung panas- panas...indahnyaaaa...

    ReplyDelete
  4. Memang ngam sangatlah makan celup tepung di tepi pantai...syok sungguh la noo...

    ReplyDelete
  5. hahaha...sib baik tak jadi sup hujan..
    Tapi semua nampak sedapnya..saya paling suka ikan selayang celup tepung .
    Pantai Penarik menjadi igauan saya setelah menonton telefilem baru -baru ini berjudul " Pulang" antara pelakon hebat termasuk lah Aida Khaleda( Aida Rahim) dan Jalaluddin Hassan..
    Ceritanya sangat terkesan dihati saya

    ReplyDelete
  6. Kata air laut : Aku kena fitnah! Padahal air hujan punya kerja hihihiii.
    Mak! Celup2 tepung tu aduhai....nikmatnya!

    ReplyDelete
  7. hati2 makan seafood celup tepung di sini sebab ada yg jual ikan/udang semalam... abe kie dah terkena... ikan celup tepung tu rasa masam..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!