Assalamualaikum WBT
DALAM satu hari di Kota Bharu, dua kali Sk makan Nasi Kerabu. Sekali di hotel, sekali lagi di Restoran Yati Ayam Percik. Itupun kalau ikutkan hati, nak lagi beli Nasi Kerabu di Festival Makanan Kelantan yang ketika itu sedang berlangsung di KB. Dan Sk menahan diri mengambil Nasi Kerabu semasa bersarapan di hari kedua sebelum bertolak balik ke Johor.
Restoran Yati Ayam Percik ini dalam proses renovasi mungkin. Ruang makan berhawa dingin tidak dibuka cuma bahagian luar sahaja yang dimuatkan meja. Ini kali ketiga atau keempat rasanya kami makan di sini. Pak Inche kata, nak makan kulit lembu bakar. Kami pun pesan..
Kulit Lembu Bakar
Daging Bakar
Gulai Kawah
Ulam
Ikan Percik
Ayam Percik
Nasi Putih
dan Nasi Kerabu
Berbunga hati semua yang dipesan ada
Sk pilih nak makan Nasi Kerabu. Ayam Percik tu Pak Inche dan Iman makan dengan nasi putih. Oh, dulu-dulu, nasi kerabu di Yati ni dia guna nasi putih jer.
Dah lama mengidam nak makan Nasi Kerabu dengan Ikan Percik. Hidangannya tidak mengecewakan.
Daging Bakar sahaja yang dihantar. Kulit lembu bakar habis. Gulai kawah pun habis. Tu tak pa, bila ditanya, dia punya menjawab macamlah kita nak mintak makan free.
Kecewa juga.
Nasi Kerabu Set 1
Nasi Putih 2
Daging Bakar 1
Ulam 1
Ikan Percik 1
Ayam Percik 2
Ais Limau 2
Teh O Ais Limau 1
Sira Labu - 1
Jumlah RM58
Tapi..
Balik tu, pergi pulak tapau McD yang terletak depan hotel. Tak kenyang dua beranak tu makan nasi putih dengan daging bakar dan ayam percik sajo. Oh, depan hotel ni ada McD, Starbucks, The Coffee Bean dan ada medan selera juga. Semuanya jalan kaki dan lintas jalan jer sampai.
Bancuh Nescafe O dan makan Sira Labu. Dua beranak tu tak makan. Hurmmm.. macam tu baik cuti kat Johor je..
Nampak kelibat solok lada... terbaik!
ReplyDeleteIman ni lebih ngikut ayahnya ye bab makan-makan ni hehe ..
ReplyDeleteFamous kan nasi kerabu yatie ni SK kan? Rasa macam pernah dengar namanya...
alahai..masa amik order kat ada ye kulit lembu tu..dia menjawab teruk ke SK...ishhh..apo la...nampak semua sedap la...ayam percik tuh...huiiiii...
ReplyDeletedengar kulit lembu bakar...saya yang terliur
ReplyDelete