BAWA IZZAT BALIK JOHOR

 Assalamualaikum WBT

MASA dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik tu, Angah tanya, "nanti kau singgah tempat Izzat tak?" Sk jawab, "tak tahu lagi, kau nak kirim apa?" Angah jawab, nak kirim maggi. "Isk, kalau maggi, baik kau bagi duit aje, soh dia beli sendiri, hahahah".

Cakap dengan Pak Inche, nanti balik dari Kelantan, nak singgah tengok Izzat. Tup tup, masa kat Kelantan tu, Pak Inche tanya, Izzat tak nak ikut balik Johor ke? Suruh Iman tanya, Iman telefon, tak angkat, Iman hantar whatsapp... Lama baru dia jawab, tido la agaknya tu. Izzat kata nak. Jadi, janji begitu begini, kawan Izzat hantar di McD Gong Badak, Kuala Terengganu. Ni, Angah tak tahu tau.. saja nak buat surprise la gitu.


Lepas ambil Izzat, Sk ingat naklah pergi makan di Restoran D'Baung yang Mak Cella selalu singgah setiap kali ke Kuala Terengganu tapi Pak Inche nak makan nasi minyak kat kedai Makcik Puaka ni. Memang nama kedai tu ada perkataan puaka ya, bukan saja Sk tulis, hahaha. Tapi, rupanya, nasi minyak jual pagi jer, kesian Pak Inche. Makan nasi campur jer la. Izzat kata, kedai ni jadi tumpuan pelajar sekitar Kuala Terengganu sebab ayam goreng dia besar-besar. Oh, patutlah nampak muka student ramai. Izzat beritahu jugak, di KT ni susah nak jumpa maggi. Ibaratnya macam dalam filem Istanbul Aku Datang tu.. yang susah nak dapat maggi asam laksa, hahaha. 


Tepek gambar Izzat dan Iman masa baby kat sini la.

Sampai Senai, Izzat tak turun dulu. Sk syak, Angah dah tahu, gerak hati ibu, kan. Sebab dia suruh singgah makan Asam Pedas Ayam. Sk masuk rumah, tengok reaksi dia, macam biasa aje. Lepas tu, Sk cakap tertinggal botol budu beso dalam kereta, suruh Iman ambil. Barulah Izzat turun. Punyalah terkejut satu rumah, kecuali Cik Ani la, sebab Sk dah bagitau Cik Ani, Izzat ikut balik, hehehe. Tanya Angah, ko boleh rasa ke Izzat nak balik? Angah kata tak, sumpah! So menjadiklah surprise.

Dapatlah Izzat bawa kereta baru ibu esok, kan Izzatttt!

Post a Comment

15 Comments

  1. Hehehhe..surprise tak menjadi ye...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Memang nampak besar ayam goreng kat pinggan izzat tu

    ReplyDelete
  3. Wah! Style la nama Izzat... Ada dua Z...

    ReplyDelete
  4. bia betik kat Kuala Trengganu susah nk dpt maggi., wak kat Jakarta ni nk tgk maggi kat kedai pun mmg xde laa., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab ramai student kot wak. Memasing pakat beli maggi.

      Delete
  5. Wah, what a lovely surprise. Chewah, speaking London pulak.
    Baru tahu, kat KT susah nak dapat maggi.

    ReplyDelete
  6. Berdebar je nak tunggu reaksi maknya tu hehe... Cutenya gambar diorg masa kecik..

    ReplyDelete
  7. Maknanya lepas ni ada alasan pi hantaq Ijat pulak untuk makan baung..hihihi
    Besar betul ayam dia..
    Menjadi weii kezutan..hihihi

    ReplyDelete
  8. Looking for highest authority contextual backlinks? check out now White hat contextual backlinks

    ReplyDelete
  9. Laaaa... makcik puaka pulak dah. Ingatkan saja-jew SK tulis puaka tu, rupanya betul ada!
    Comelnya dua baby tu.... panjang Izzat ye.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih