PULUT KUNING RENDANG AYAM DARI JIRAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

BEBERAPA minggu sudah, waktu Sk pulang dari kerja, nampak macam sibuk sangat di perkarangan pagar rumah. Rupa-rupanya, anak jiran Sk letak kereta betul-betul depan pagar. Anak jiran tu dah berkahwin, kiranya dia datang rumah mak ayah dia. Memang setiap hari datang pun tapi tak pernah pulak letak kereta depan pagar rumah Sk. Rupa-rupanya ada kereta lain duduk depan pagar rumah dia. Bapanya (jiran Sk) memanggil, mungkin beritahu supaya alihkan kereta sebab Sk dah sampai. Sementara tunggu dia alih kereta, Sk buat pusingan di hujung jalan.


Sk turun aje dari kereta, jiran hulur sebekas Pulut Kuning Rendang Ayam. Di tangan sebelah lagi sarat satu plastik besar pulut kuning. Mungkin nak hantar ke mana-mana. Kemudian jiran Sk hantar pulak ke rumah-rumah lain. Oh, patutlah sibuk semacam petang tu. Agaknya dorang anak-beranak rewang masak Pulut Kuning dan Rendang Ayam. Ibarat 'Orang Mengantuk Disorongkan Bantal', Sk ni dah macam orang lapar disorongkan pulut kuninglah, hahaha. Tapi, makan separuh aje, separuh lagi tinggalkan untuk Pak Inche. Benda sikit, kannn.. jadinya.. sedap sangatlah pulut dan rendangnya. Tapi betul, memang betul sedap, syukurrrrr Alhamdulillah.

Semoga diberi keafiaatan dan  kesejahteraan kepada jiranku, Abang Haris & Kak Ani sekeluarga.. insyaAllah, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
🌹

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasib SA x berapa minat pulut dan x boleh makan jugak sebab angin...kalau tak nak terliur gak berjemaah..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Suruh dia berjiran dengan uncle pulak.....

    ReplyDelete
  3. wahh rejeki pulut kuning rendang ayam dari jiran jgn ditolak tuuh., hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya pulut kuning dengan rendang ayam. Rasa macam hari raya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki SK & PI. Nampak sedap sangat pulut & rendangnya tu...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat jiran yang baik tu pun adalah rezeki kan SK. Lama tak pekena pulut dengan rendang nih

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..rezeki di petang hari..

    ReplyDelete
  8. benda bila sikit mmg rasa sedap nau.... selalu gitu pastu berebut2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!