Assalamualaikum WBT
LAUK minggu lepas hari Jumaat. Masa tu, Pak Inche belum tambah stok bahan basah, cuma daging sahaja yang ada. Tanya Iman, nak tak lauk Telur Masak Lemak, Iman angguk. Tapi, macam tak sampai hati pulak sebab hari tu pun bagi dia makan Masak Lemak Telur Ceplok, haha. Terus terfikir, nak masak Daging Lemak Cili Api.
Pergi dapur, defrost daging yang dah jadi batu. Bila dah sedikit lembut dagingnya, Sk rebus dengan seketul halia guna periuk noxxa, set HP 30. Untuk masak lemak, Sk guna teknik yang sama macam masak Udang Lemak Cili Api tu, cuma guna tiga bahan iaitu cili padi centil, halia dan serbuk kunyit. Daging yang dah siap rebus, Sk panggang bagi berasap dan garing sikit atas kuali. Sementara tu, tumbuk halia dan cili padi hingga lumat, masukkan dalam periuk bersama serai yang diketuk dan sedikit air, panaskan hingga mendidih dan cili masak. Daging yang dah dipanggang, hiris nipis, masukkan dalam kuali tadi, kemudian masukkan santan kotak dan air rebusan daging, kacau dan renihkan. Masukkan asam keping, kiub pati lembu dan garam secukup rasa, renihkan sehingga kuahnya mesra.
selera saya pun dah jadi mesra tengok kuah tu hehe
ReplyDeletespagethi yg dilomakkan...bagus
ReplyDeletewah..masak lomak yang dha di improvise campur ngan spaghetti ha...tapi ada je oarang buat kan...
ReplyDeletewahh siap panggang dulu, memang jadi smoky2 la rasa dia kannn..fuhhh!
ReplyDeleteJom tanam pokok kunyit SK. Kak Amie ada tanam, tapi tak sempat daun besar, sudah kena potong buat masak singganglah, masak lemak cili padilah hahahahaa.
ReplyDeletePandai SK masak, siap panggang daging dulu, ada bau asap-asap. Saya suka!
ReplyDeletefav ni,,,tp tkpernh masak...mkn kedai...adik ipar org nogori slalu buat
ReplyDeleteSedapnya MLCA daging panggang...
ReplyDeleteeh..pasta creamy lemak cili api pun aummm
Timurkan yang barat ni namanya....
ReplyDeleteRajinnya smocky kan dulu daging tuu. Saya pernah buat jugak masakan ni, tapi pakai daging salai yang dah siap.
ReplyDeleteBtw, salam kenal ya..
xdaya wak nk mkn spaghetti tu., huhuhu
ReplyDeleteLama x mkn daging salai masak lemak cili api... dlu ada jugak baca org guna AF utk buat daging salai... tp x pernah try, nnt kalau akak buat lagi ambik gambar ek buat atas kuali tu... hehehe
ReplyDelete