Assalamualaikum WBT
SEMALAM, 7 pagi, kami mula meredah lebuhraya menuju ke Yong Peng. Gatal kaki Pak Inche, nak ke JJCM ke Kelantan. Kita turutkanlah hajatnya tu. Berpandukan Cik Ani, kami menggunakan aplikasi waze mengikut Felda Redong sebelum menghala ke Kuantan dan seterusnya memasuki Lebuhraya Pantai Timur pula.
Jika sepanjang pemanduan di Lebuhraya Utara Selatan agak perlahan tetapi tidaklah pula sesak, di LPT ni umpama memandu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan. Kami mula memasuki LPT jam 12 tengahari sebelum berhenti, Rehat & Rawat di Paka, Terengganu.
Sk makan nasi putih dengan Lauk Patin Tempoyak. Pak Inche ambil kuah gulai dengan ikan kembung goreng, sambal belacan dan Ulam Pucuk Janggus. Semua ni RM27, terus pura-pura terkejut 😆. Makan pun dalam piring polisterin dengan sudu garfu plastik, sedih betul rasanya, macam makan di parti hari jadi. Iman tak nak makan nasi putih, dia pesan Nasi Ayam (RM6) di gerai lain.
Jam 5.30 petang dah selamat daftar masuk ke hotel. Nampaknya Tanah Serendah Sekebun Bunga sudah basah ditimpa hujan entah sejak berapa hari tidaklah pasti.
Malam, kami ke Wakaf Che Yeh. Hujan turun sekejap renyai, sekejap lebat, adakala berhenti seketika bagai dibawa angin. Alahai, salah percaturan sungguh bercuti kali ni. Ironinya, dah beberapa kali ditimpa hujan setiap kali ke WCY ni, hihi. Tak apolah.. hujan rahmat tu.. bila hujan, malas pulak nak keluarkan dompet. Haaaa.. tulah rahmatnya.. syukurrr.
Selamat membeli belah dan jjcm ke Kelantan
ReplyDeleteDah tiba musim hujan ni. Di Melaka pun sudah 2 hari hujan..
ReplyDeleteBumi Gombak pun dah masuk hari ke-3 ditimpa rahmat :p
ReplyDeleteSelamat ber-JJCM SK..
Eh eh org JDT dh ke serambi mekah rupanya.. happy holiday kak SK & family!
ReplyDelete