TAPAU NASI CAMPUR RESTORAN AZINUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

DARI pagi membawa ke tengahari urusan Sk hari ni. Memang wajarlah mengambil cuti. Malam ni, insyaAllah, Sk ada buat jamuan keluarga sempena menyambut hari lahir Iman yang ke 22. Kalau tahun lepas, kek Sk tempah dari Salwa, Lagenda Kitchen, Kulai, tahun ni kita kongsi rezeki pulak dengan Yana, Eat & Treats Homebakery yang terletak di Taman Molek. Baker yang sama buatkan kek hari lahir Iman yang ke 20. Sk janji nak ambil kek pukul 11.

Lepas sarapan, macam masih awal lagi la pulak. Iman kata, nak pergi Uniqlo Midvalley. Jadi, dari Midvalley, baru la pergi ambil keknya. Haaa.. esoklah ya, kita kongsi gambar kek hari lahir Iman yang ke 22 😍. Keknya pun sekarang dah diletak siap-siap kat kafe, macam biasalah, buat kat kedai aje 😆. Iman tak tahu plan jamuan hari jadi dia ni, dia ingat Sk cuma beli kek nak potong gitu-gitu aje. Dah sampai kafe tadi, barulah dia tahu. Kemahen senyum sampai tepi tudung ko. Cuma sampai sekarang, dia belum tahu lagi rupa keknya macam mana 😄. Sk dah pesan dengan Yana, minta tolong tutup keknya supaya Iman tak nampak.


Lepas hantar kek baru lega kepala otak, haha.. ghisau kan bawa kek atas jalanraya. Pesan ngan Pak Inche bawa pelan-pelan, kemahen slow lagi dia naik atas bumper, hahaha. Jadinya, makan tengahari, kita tapau  Nasi Campur Restoran Azinur di Taman Ungku Tun Aminah seorang sebungkus, letak lauk siap-siap, boleh terus makan.  Sekarang ni, nak menyusun baju dalam luggage pulak. Biasalah Pak Inche tu, pantang cuti panjang sikit, mulalah tapak kaki dia gatal nak berjalan, tak serik-serik ngadap jem nampaknya dia tu, huhuhu.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cewahh sedap nya dah rupa nasi kandaq kak ana tengok .. :)

    ReplyDelete
  2. Baguslah Pak Inche ni... kami kalau CNY mmg surrender, unless ada wedding @ occasion family terdekat. Sesaja nak travel mmg tak le...
    Tak sabar nak tgk kek bday Iman tu :)

    ReplyDelete
  3. Selamat harijadi Iman!
    Seronoknya pergi jalan-jalan. Haha bagus tidak serik dengan kesesakan lalulintas.

    ReplyDelete
  4. saya plk rs tak sabar nk tgk kek iman...kami dah siap kemas luggage..jem tak jem redah je lah dah lama tak jalan2 ni

    ReplyDelete
  5. Kejap lagi kita ke TBS...kita naik bas je pi JB, malas nak naik flight...well selamat bercuti SK and family...

    ReplyDelete
  6. Alamak...saya baca dari atas...dah tertengok kek dulu...
    Cantik secantik anak dara sweet 22th..Betapa bonda dan babah cuba untuk membahagiakan puteri nan seorang ni

    ReplyDelete
  7. Sy sama dgn mamaCella.. tgk kek dulu br baca ada surprise cake buat iman rupanya.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Holiday p mana tu Kak ...hehe..Redah je jammed...sekali sekala cuti PNjg...hoho

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!