SAMBAL UDANG PETAI KAYANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SABTU lepas, Pak Inche hantar kereta ke Pusat Servis Toyota di Medini. Sk menyusul kemudian jemput Pak Inche untuk bersarapan di Restoran Spices yang baharu dibuka di Sunway Iskandar Puteri. Macam biasalah, pekena nescafe sorang secawan, Pak Inche makan Puree dan Sk makan Tosei Masala. Iman sayang bantal, Sk tapau jer la Tosei Masala jugak untuk dia. Kemudian, Pak Inche ajak jalan-jalan cari seafood di Pendas (Gelang Patah). Sementara tunggu kereta siap, kan.. kita layankan aje laaaa..


Dapatlah beli udang besar 12 ekor. Empat ekor, Sk asingkan untuk buat nasi goreng, lagi lapan ekor masak sambal. Sekilo RM80, 12 ekor tu RM50, huhu. Okeylah tu, sebab sebelum tahun baru cina hari tu, lagi mahal, mampu pandang aje, kui kui.


Balik kerja semalam, singgah mini market. Dah lama sangat nak letak petai dalam sambal asyik tak jumpa petai, kan. Nahhh.. amek, sebungkus RM11. Tapi, kata kawan Sk, lagi baik beli yang dah siap kopek macam ni sebab yang papan tu pun mahal jugak, dapatnya secoet tambah dengan penat dan ambil masa  untuk kopek mata petai. Kali ni, Sk rajin belah dua petai dan cuma masak separuh aje, separuh lagi simpan dalam bekas masukkan dalam peti sejuk.


Layanlah video udang dan petai kayangan.


Puaslah makan petai.


Pak Inche tambah Sotong Goreng Kunyit minyak lebih.


Sotong habis, udang ada baki untuk Iman makan tengahari hari ni. Iman dah masuk minggu ulangkaji, suruh dia ulangkaji kat rumah aje sebab kawan-kawannya pun ramai lagi yang belum balik kolej. Sekurang-kurangnya makan tu terjagalah sikit, kalau duduk kolej manjangnya makan biskut sebab kafe tak buka.

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Udang dan petai 2-2 kayangan yek

    ReplyDelete
  2. Sedap dua2 menu tp saya xmakan petai...fuh mmg kayangan tu

    ReplyDelete
  3. Saya tak sampai hati nak beli petai di LD atau tempat lain di Sabah. Harga kayangan tingkat 7.
    Jami mata sajalah dengan sambal petai di dapur SK yang maha sedap nih.

    ReplyDelete
  4. cantik fresh udang tu..sedapnya kalau buat masak kari..buat sambal pun best gak..cuma kat rumah tu SA sorang je makan udang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!