MAKAN NASI AYAM KEE CHUP & TUKAR KAD ATM

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum wbt


KECEWA kedai Nasi Ayam Kee Chup tutup masa kami pergi Selasa lepas, terubat juga hari Jumaat. Empat hari sebelum Iman daftar UTM, dapatlah bawa dia makan kat sini. Yek elehhh, macamlah belajar dekat luar negeri ek, hahahahaha. 

Kali pertama makan Nasi Ayam Kee Chup DI SINI dan Iman pun pernah beli secara penghantaran masa intern di Menara Landmark.


Sebelum pukul doblas tengahari kami dah sampai. Iman macam selalulah, dengan baju dan tudung kegemaran, hahaha. Selambak nasinya yang pelik boleh makan sampai habis padahal pagi tu dah sarapan nasi dengan lauk Patin Masak Tempoyak, hahaha.

Nasi Ayam Kee Chup memang tak mengecewakan. Sup, sambal dan kicap boleh ambil sendiri ikut suka hati nak banyak mana. Ulamnya lengkap, timun, salad dan tomato. Makan dalam suasana nostalgia sambil dengar lagu lama yang berkumandang perlahan.

Nasi Ayam 2 pinggan
Ais Limau 2 gelas
RM28


Lepas makan, kami ke City Square (CS). Tujuannya nak tukar kad ATM Maybank Sk yang akan tamat tempoh bulan hadapan. Ada jer cawangan MBB yang berdekatan rumah tapi kat CS ni ada mesin layan diri. Kali pertama masuk kad tu, peranti tak boleh baca cap ibu jari kanan Sk. Iman kata, cuba bonda guna belah kiri. Percubaan kedua guna cap ibu jari kiri berjaya. Eh, sekelip mata siap dan terus boleh guna di mesin ATM/CDM. Terus rasa ajaib, hahahaha.

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jari kanan tu ada pembawakan kot kak? Baik gi check heheh... Tu yg memanjang x bole nk scan jari kanan eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembawakan apa agaknya, memang dah bertahun tak boleh imbas. Ni mykad baru pun masih masalah yg sama, nasib baik ada jempol kiri 😆

      Delete
  2. Salah satu kad ATM kita mati tahun 2024.
    Wah, mudahnya nak perbaharuinya. Semuanya semudah sentuhan jari jempol saja ye SK.
    Eh, lupa nak komen ayamnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, Kak Amie. Tapi tak pasti bank lain ada sediakan tak mesin layan diri. Setakat yg sy tahu, cuma MBB sahaja yang ada.

      Delete
  3. Besar portion nasi ayamnya. Kuah cili tu nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah, NAKC ni menepati citarasa sy, dari nasi hingga cili, semuanya tak mengecewakan 😍

      Delete
  4. Puas makan..ayam besar tu...
    Kita geng la Iman...kalau suka sesuatu baju dan tudung memang akan ulang pakai walau ada yang lain..
    Syyyyy...babah & bonda
    lena dak malam tadi?🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat2 jugak, Mak Ngah, maknya tido lena je, hehehe. Maklumlah, sejak lepas sekolah, tak sampai setahun dok Ipoh, dah balik dok bawah ketiak semula lbh 2 tahun.

      Baju tudung kalau dah suka, memang asyik ulang yg itu juga kan.

      Delete
  5. Ha ah... sekarang tukar senang je!

    ReplyDelete
  6. Selamat mejamu selera
    nampak sedapnyer

    ReplyDelete
  7. untunglah bank rimau boleh buat kat machine...bank sotong kene gi beratur amik nombor bagai

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!