MASAK MEE HAILAM STAIL AL-ANISAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

HUJAN turun sejak semalam. Boleh dikatakan sudah 24 jam jugak bumi Johor basah. Di luar, tidak putus-putus kedengaran bunyi hujan menimpa atap awning jiran di kiri dan kanan rumah. Cuma rumah Sk jer tak pasang awning, bak kata Iman, rumah orang lain semua sudah berubah. Pak Inche pulak kata, bukannya kita nak tidur kat luar, hahahaha.

Tak menahan ya, asyik nak ke Restoran Al-Anisah bagi menikmati sepinggan Mee Goreng Hailam yang sedap sangat di tekak kami. Sepinggan tu baru RM7, tapi kalau selalu sangat nak pergi tu macam pelik aje nanti. Bulan lepas aje rasanya dua tiga kali dah berulang ke sana, cuma yang terbaru ni, Sk cuba Nasi Goreng dia. Boleh tahan tapi tetaplah mee gorengnya juga menjadi pujaan.


Kita layan ajelah permintaan Pak Inche minta masakkan Mee Hailam. Seingat Sk macam pernah buat dulu dan cuba cari di post lama, terjumpa post tahun 2018. Penat giler eh sediakan bahan-bahan. Nah, makan puas-puas, hahaha.


5 ulas bawang putih, cincang
Udang, Sotong, Fish Cake 
1 tangkai cili hidup, hiris nipis
3 cendawan shitake, hiris
3 pokok sawi, asingkan batang dan daun
Bunga Kubis
Cendawan Shitake
Mee kuning secukupnya dibilas dengan air sejuk
2 1/2 senduk kicap manis
1 senduk sos ikan
2 sudu minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 liter air
Sedikit minyak masak

Cara-cara :

1. Sediakan kuah mee dahulu. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.

2. Masukkan udang dan sotong, goreng kilas, kemudian masukkan fish cake.

3. Masukkan batang sawi dan bunga kubis serta cendawan, goreng kilas.

4. Masukkan air, kicap manis dan sos ikan, biar mendidih.

5. Masukkan minyak bijan, daun sawi dan cili hidup.

6. Akhir sekali masukkan air tepung jagung, kacau hingga pekat, matikan api.

7. Gunakan kuali lain, ambil kuah mee secukupnya (1 porsi), panaskan.  

8. Kemudian masukkan mee kuning (1 porsi), kacau mesra, kemudian tuang dalam pinggan dan hidangkan.

Boleh gantikan udang, sotong dengan ayam atau daging yang dihiris nipis.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...sebijik macam kat kedai la..mesti sedap ni kan..SA failed buat mee hailam tapi suka makan mee hailam...

    ReplyDelete
  2. Nampak pun dah sedap...mewah bahan

    ReplyDelete
  3. Kita pun suka mi Hailam tapi jarang masak sendiri sebab tak pandai hihihiii...paling suka makan mi Hailam di Klang waktu sekolah menengah. Dulu murah jew, sepinggang RM1.70 sen. Tapi keenakannya tu tak boleh lupa sampai sekarang sampai tak berani nak masak sendiri hihihiii.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!