BERBUKA 6 RAMADHAN DI RESTORAN AISYAH ADAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

PULANG dari kubur selepas pengebumian jenazah ibu, masing-masing tak dapat tidur. Sk tiga beranak lepak dan berbual-bual di ruang tamu. Rasa seperti mimpi perkara yang kami lalui sepanjang hari itu. Jam 3 pagi, barulah masing-masing masuk ke bilik. Pukul 5 pagi, Sk bangun buat scramble egg untuk dimakan dengan roti yang telah beberapa hari dibeli. Pak Inche kena ambil ubat memandangkan sehari sebelumnya lupa nak bawa ubat Pak Inche masa bersahur di Restoran Reaz.

Memandangkan Iman akan mula kuliah pagi tu, kami menghantar Iman balik ke kolej, beli bunga di Taman U dan terus ke rumah baru ibu di  Tanah Perkuburan Raudhah Saleng. Cik Ani, Che Li dan Jeika dah sampai terlebih dahulu. Kami hias-hias rumah ibu disertai doa yang tidak putus-putus.


Bagus ya pengurusan di Tanah Perkuburan Raudhah ni yang menyediakan siram dan bangku untuk mereka yang menziarah kubur. Jadi, jika terlupa bawa air dari rumah, boleh ambil di sini atau jika katalah hujan lecak ke boleh bersihkan kaki di sini. Ia juga lengkap dengan kemudahan tandas yang bersih dan cantik.

 Balik dari kubur, Sk singgah Carwash pulak, tahi burung bertepek-tepek kat kereta, agaknya dua hari berturut-turut Sk letak kereta bawah pokok masa berada di HSA. Merasalah mandi kereta pulak selepas berzaman tak mandi keretanya. Lepas tu balik rumah, rehat. Sk cakap dengan Pak Inche, makanan berbuka beli aje yang dah siap, Sk tak larat dan tak ada mood nak masak.

Sekali.. ehhh.. si Asham cari pasal pulak, dipijaknya keyboard laptop Pak Inche. Dahhhh kena pergi kedai komputer pulak. Dalam perjalanan tu, Angah mesej, ajak berbuka ramai-ramai di Restoran Aisyah Adam di Taman Nusa Sentral. Sk beritahu lambat, sebab nak kena check laptop. Angah kata, macam tu berbuka kat rumah Cik Ani dulu, lepas tu baru pergi makan sebab kalau datang lambat nanti tak ada meja. Lagipun Cik Ani kata, dorang ni masak lambat.


Sampai Nusa Sentral, sajalah cuba nasib kot-kot ada meja kosong lagi. Syukur masih ada dan Sk minta mereka sambungkan meja. Sebelum tu Sk ada singgah bazaar beli kuih dan roti John. Tak lama Angah anak-beranak sampai dengan Cikwa, pun dengan kuih-muihnya siap bawa minuman. Bagus juga la memang lambat sampai minuman dan makanannya, dah waktu berbuka pun belum dihidang. Rupanya ramai dah datang awal tempah meja dan makanan, waktu berbuka tu memang full house.


Kami ambil menu set, yang ni tomyam. Cik Ani selalu la rekomen restoran ni tapi Sk tak pernah cuba, betullah sedap tomyamnya.


Siakap Stim Limau, Telur Dadar dan Daging Masak Merah. Sos stim limau tu sedap tapi ikan tu tipu-tipu la stim, dia rebus tuuuu.


Silau! 


Tu takpe, Sk minta letak kerusi 14 sebab kira ibu sekali 🥹🥹🥹. Lupa dah kurang seorang ahli keluarga. Iman pun tak join sebab dah balik kolej.


6 Ramadhan 1445H dapat berbuka adik-beradik lengkap 5 orang tapi ibu pulak tak ada.


Yang seorang ni dia memang tak peduli, orang nak ambik gambar ke apa, tetap fokus dengan makanannya.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronoknya berbuka ramai- ramai...memang macam tu la mula- mula SK...sedih kan...SA dah jadi kebiasaan sediakan semuanya untuk arwah mak, dah jadi rutin..jadi janggal bila dah x buat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat berbuka ramai², best!
    Semoga ibu tenang di sana 🤲

    ReplyDelete
  3. Kak, yang terpijak keyboard tu, laptopnya selamat ke tak? Sama kes Laki kita pernah terpijak tapi tak ngaku hahahahaha... moga akak sekeluarga terus tabah hadapi ujian ini, sedihkan kak nak dekat raya :(

    ReplyDelete
  4. Kita rasa macam masih bermimpi lagi kan. Selalu teringat arwah masih ada. Memang payah nak lelap.
    Sedih pulak bila semua berkumpul, ibu pula tak ada.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!